Saturday, March 20, 2010

Punca Kegagalan Breastfeeding

Pernah dengar..."Susu dah Kering la",Susu tak ada/Tak ada susu la","Baby tak nak menyusu","Leceh nak kerja/susahla saya ibu bekerjaya"dan banyak lagi alasan² lain yang sering kita dengar daripada ibu² yang baru melahirkan dan ibu² yang tidak berjaya menyusukan bayi...Di dalam sesetengah kes ada yang berjaya menyusukan semasa dalam pantang tetapi enggan meneruskan penyusuan kerana alasan yang pada saya satu alasan² yang tidak munasabah,kurang ilmu dan pentingkan diri sendiri ...


Mengapa ini terjadi?

1) Sikap Ibu:-
- malas membaca tentang penyusuan susu ibu walaupun bahan bacaan ada.Ini menyebabkan ibu² kurang ilmu untuk menjayakan penyusuan.
- Sikap Ego dan tidak berfikiran terbuka apabila diajar & dinasihatkan agar menyusui bayi dengan susu ibu.
- Malas bertanya/silap sekiranya bertanya kepada Ibu² yang tidak menyusukan bayi dengan susu ibu kerana pasti info yang di berikan tidak tepat/salah tentang susu ibu.



2) Mindset/Tetapkan matlamat
- Sejak dari hamil lagi ibu tidak tetapkan minda & matlamat hanya untuk menyusukan susu ibu sahaja walau apapun terjadi.Sekiranya matlamat di tetapkan dari awal lagi,sebarang masalah penyusuan ibu akan dapat hadapinya dan ibu sedaya upaya menyelesaikan masalah tersebut.


3) Pengaruh Media & Iklan
- Kebanyakan syarikat susu formula menggunakan taktik melantik artis² yang popular atau ikon masyarakat menjadi model jenama susu mereka di mana iklan² yang dilakonkan memperlihatkan ibu/artis tersebut berbahagia/berpuas hati memberikan anak mereka susu formula seolah² anak tersebut telah mendapat hanya yang terbaik daripada susu formula itu.Artis/model memberi impak menarik ibu² untuk memberikan yang sama seperti mereka(model/artis tersebut) walhal sesetengah model itu sebenarnya adalah ibu yang menyusu susu ibu sebenarnya.
- Media cetak & Elektronik kurang mendedahkan tentang kebaikan & pentingnya penyusuan susu ibu kepada bayi.Kebanyakannya banyak mempromosikan susu formula kerana mereka mendapat imbuhan bayaran dan tujuan mengaut keuntungan.
4) Kurang pendedahan
- Kesibukan masa kini menghalang ibu² untuk mencari masa untuk mempelajari tentang kebaikan susu ibu,dan maghadirkan diri ke kelas² ante natal dimana mengajar tentang penyusuan susu ibu.
5) Pengaruh daripada orang² sekeliling dan orang terdekat
- Pengaruh daripada ibu/ibu mentua,suami,adik-beradik,rakan²,dll yang tidak mengamalkan penyusuan susu ibu dan mereka ini tidak memberi galakkan & semangat serta memberi info yang tidak tepat dan sekaligus memberi impak negatif kepada ibu² yang baru melahirkan agar tidak memberi susu ibu.
- Contoh ayat/pandangan/mitos orang sekeliling yang boleh memberi impak negati sekiranya ibu² tak kuat semangat untuk menyusukan bayi
"Nanti Tetek kendur kalau menyusukan bayi"
"Bayi bukan hisap susu lagi kalau dah 6 bulan ke atas/waktu mengandung,bayi tu hisap darah"
"Menyuskan anak lebih setahun boleh buat anak cacing"
"Nanti kau susah nak masuk kerja nanti,leceh"
dan banyak lagi kata² lain yang negatif tentang penyusuan susu ibu.
6) Pengaruh Sesetengah Doktor/Jururawat/Hospital
- Kebanyakan syarikat susu formula memberi sejumlah besar kepada Hospital/Klinik/Dr./Pakar² agar diberi kepada ibu² yang bersalin dan hamil untuk di jadikan sample.Ini sebenarnya memberikan kesan negatif kepada ibu² tersebut kerana mereka mengangap bahawa susu formula yang mereka terima adalah yang terbaik untuk diberikan kepada bayi kerana telah di sarankan oleh Doktor sendiri.


No comments:

Post a Comment