Monday, March 1, 2010

Gambar Sekitar SGM kat Bangi - "Overcoming Low Weight Gain"

Sesi Perkenalan dengan Ayu a.k.a ayukhairy

Inilah ahli kumpulan Mama Kamariah

Inilah dia gambar Pengasas Susuibu.com,Pn.Kamariah

Kusyuk tu tengok Mama Kamariah bagi info....ke Sebab dah tak tahan panas beb...

Sorry kengkawan tak dapat upload gambar semalam coz tak sempat la..Ni pun tak tau la kenapa tak leh upload banyak² gambar...Takpe besok aku try uploadkan lagi gambar lain...Banyak benda nak kena kejar jugak semalam...Nak visit website kesayanganku Susuibu.com pun tak sempat ...maklumlah nak kejar due date submit monthly report...Hari itu,perbincangan yang berlansung memang kena dengan aku...Anak ku yang no 2 tu memang kategori cekeding...Info baru yang terupdate kat otak aku daripada kwn² yang share tersangatlah banyak....

Diantara yang terkini kenapa anak yang menyusu ibu kengkadang kurus berbanding ngan Formula baby...:-
1) Kerana kandungan lemak di dalam susu ibu² berbeza-beza dan pemakanan ibu itu sendiri.
2)Keadaan cuaca - seperti yang kita ketahui,pemakanan masyarakat di setiap pelosok dunia adalah berbeza² cthnya:-penduduk negara yang beriklim sejuk cenderung memakan makanan yang tinggi kandungan kalori/lemak untuk melindungi badan daripada suhu sejuk.Begitu juga dengan kandungan susuibu yang terhasil daripada ibu² yang berada di suhu tersebut di mana kandungan lemak dalam susuibu tersebut lebih tinggi untuk melindungi bayi daripada suhu..Begitu juga sebaliknya,dimana ibu di kawasan yang panas & kering (lebih kandungan air utk menggantikan air yang hilang melalui peluh)
3)Gaya hidup ibu itu sendiri seperti sekiranya ibu di kalangan atlet/seorang ibu yang aktif, mempengaruhi kandungan lemak dalam susu ibu.Dimana lemak yang ada di dalam badan ibu telah banyak terbakar melalui aktiviti mereka sendiri dan sejurusnya kandungan lemak di dalam susu ibu itu juga akan kurang.Saya pernah baca dalam sebuah buku "the Art Of Breastfeeding".Ia menerangkan di mana hendaklah seorang ibu itu meyusukan anaknya sebelum melakukan sebarang aktiviti senaman atau susukan bayi 2 jam selepas bersenam ..
4)Sesetengah bayi tidak mendapat susu akhir (hind Milk)kerana hilang fokus sewaktu sesi penyusuan berlansung,lebih² lagi bayi yang berusia 6 bulan ke atas...

Sebenarnya banyak lagi info lain yang telah di bincangkan,Kini telah di post mortermkan di susuibu.com sila layari untuk baca kat forum.Perbincangan mengenainya sedang hangat di bincangkan untuk ibu² yang tak dapat join hari ahad lepas...


No comments:

Post a Comment