Tuesday, March 30, 2010

Bagaimana Kejayaanku Selama 2 Tahun Lebih Bermula

Entry kali ini daku nak cita tentang kejayaanku menyusukan anak² selama 2 tahun lebih ke atas dua orang anak .Macam mana daku boleh terpikat untuk menyusukan bayi sepenuhnya...Sewaktu  diriku masih bujang dulu ada seorang kakak di ofis tu selalu ulang alik ke surau yang sememangnya sesap yang nak pergi ke surau tu memang kena lalu di hadapan cubicleku...Dia selalu ke sana tak kira waktu menyebabkan hatiku terdetik "kenapa diani asyik ke surau je walau pun bukan waktu solat"...Suatu hari daku ternampak beg comel miliknya,lalu daku pun kata "comelnya beg sembahyang akak tu"..Pas tu dia cakap "Ni bukan beg sembahyang la dik,ni beg pam susu"...Pada waktu tu daku tak mengerti apa maksudnya coz memang tak ada info lansung kat dalam kepala otak ku tuk pam susu,setahuku baby menyusu direct je kalau Breastfeed.. Agaknya dia nampak aku tak mengerti lalu dia menerangkan kenapa dia buat demikian (untuk membekalkan susu kepada anaknya.)Masa berlalu seiring ngan usia,Daripada majalah favorite ku masa bujang iaitu majalah CLEO and REMAJA aku mula terpikat ngan majalah Mingguan Wanita,CLEO dan Majalah Pengantin(6 bulan sebelum kahwin baru start baca),dan Pa & Ma, sesudah sebulan selepas bernikah...Kebanyakkan majalah yang ku baca semua menyatakan bahawa susu ibu banyak kelebihan dan kepentingannya untuk bayi dan ibu, yang tidak termampu susu formula tandingi walaubagaimana hebat pun ciptaan susu formula itu..

Daku mula memasang niat akan menyusukan anak dengan susuku sahaja sekiranya ada anak kelak...Dalam masa yang sama daku banyak mencari info bagaimana ingin melahirkan anak yang sihat dan bijak (maklumlah org baru kahwin nak mendapatkan cahaya mata)..Hobiku terbaru pada masa itu membaca bahan kekeluargaan dan penjagaan bayi & penyusuan susu ibu...Buku penyusuan susu ibu pada waktu itu sangat sukar di cari di pasaran,kebanyakkan buku aku dapatkan daripada kedai buku yang menjual buku² import ... Melalui buku² itu aku pelajari selok belok kehamilan dan penyusuan bayi....

Apa yang dapat ku simpulkan disini..Ilmu itu penting tanpa ilmu, penyusuan susu ibu tidak berjaya..Cari lah ilmu dengan Membaca adalah kunci segala²nya bagi menjayakan penyusuan susu ibu...Sesuai dengan suruhan allah kepada Nabi Muhammad s.a.w "Bacalah lah oleh mu wahai muhammad"
Begitu juga kita boleh serapkan dalam apa jua aspek kehidupan...Melalui pembacaan la aku tertarik untuk menyusukan bayi ,dan melalui pembacaan la aku mengenali laman kesayangan ku www.susuibu.com dan lain² lagi....Melalui pembacaan juga niat ku terpacak di hati & melaluinya juga aku dapat mengharungi segala permasalah dan cabaran dalam menjayakan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun.

Wahai rakan² ku sekalian marilah semaikan budaya membaca ke dalam diri , anak²  serta masyarakat kita..Agar kita sama² berjaya di dunia dan Akhirat...Insyaallah...


No comments:

Post a Comment