Sunday, March 14, 2010

Fikir Hanya Susu Ibu sahaja Yang Terbaik...

Mindset positif tentang penyusuan penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu...
Minda/Kita ibarat sebagai seorang Jurulatih kepada pasukan kita sendiri iaitu badan keseluruhannya dimana sebagai seorang jurulatih kita melatih pasukan untuk menjadi kuat dan tangkas,tetapi jurulatih yang baik,selain melatih menjadikan sebuah pasukan yang kuat dan tangkas dia juga menerapkan kepada pasukannya kearah minda yang sentiasa ingin menang...Dengan minda yang sudah di setkan untuk sentiasa ingin mencapai kemenangan maka walaubagaimana payah dan getirnya sesebuah perlawanan ,pasukan tersebut akan berusaha untuk memenanginya.Begitu juga dengan diri kita,sedari mengandung lagi minda di setkan untuk menjaga diri,pemakanan sewaktu hamil,bayi dalam kandungan sehingga kepada keperluan bayi apabila lahir kelak dah difikirkan.

Untuk menjayakan penyusuan sepenuhnya,Sejak dari mengandung lagi kita dah setkan fikiran untuk memberi yang terbaik buat bayi kita maka kita akan berusaha mencari ilmu tentangnya.Semua buku kekeluargaan,bayi dan kehamilan sentiasa menyebut tentang kepentingan penyusuan susu ibu.Jadi,untuk berjaya menyusukan bayi,ibu tetapkan minda & hati bahawa apabila bayi lahir kelak, kita akan menyusukan bayi dengan hanya susu ibu sahaja walau apa pun terjadi.Ibu yang tidak setkan mindanya untuk menyusukan susu ibu sahaja,tidak akan berjaya menyusukan bayi mereka,maka jadilah alasan-alasan susu sikit,susu tidak ada,bayi tidak kenyang,leceh nak kerja,tetek kendur dan sebagainya kerana ibu-ibu tidak bersedia sewaktu hamil lagi.
Apa pun yang kita lakukan Mindset penting untuk sesebuah kejayaan termasuk penyusuan susu ibu juga.Dengan matlamat yang telah di tetapkan itu jugalah penguat semangat ibu² untuk meneruskan penyusuan susu ibu walaupun terdapat halangan dan masalah kelak...☻

No comments:

Post a Comment