Tuesday, March 30, 2010

Bagaimana Memastikan Keperluan Susu Yang Mencukupi

 Menyusu sebaik melahirkan

Sebaik-baiknya menyusu sebaik melahirkan bayi sama ada di bilik bersalin atau bilik pemulihan (cesarean).Susu awal yang di minum bayi itu menjamin tubuh badan memulakan proses penghasilan susu dengan dengan meransang hormon penyusuan iaitu hormon Prolaktin bergerak untuk memastikan kejayaan penghasilan susu matang dan untuk bekalan akan datang....Kalau boleh pastikan anda dan bayi
di(rooming in) dalam satu bilik sepanjang masa agar mudah menyusukan bayi sekerap mungkin selepas melahirkan...

Kekerapan Menyusu

Penyusuan yang kerap penting untuk memaksimakan penggunaan hormon Penyusuan oleh tubuh agar menghasilkan banyak susu untuk keperluan bayi.Apabila kekerapan menyusukan bayi ,hormon prolaktin iaitu hormon pembentukan susu meningkat dalam tubuh untuk menyeimbangkan permintaan bayi...Maka makin kerap bayi menyusu makin banyakla susu terhasil ...Penyusuan awal yang kerap penting untuk membekalkan susu yang mencukupi pada masa akan datang...Sekiranya tidak dapat memberi penyusuan terus melalui payudara,anda di nasihatkan mengepam untuk memastikan tubuh badan sentiasa menghantar signal kepada hormon prolaktin untuk menghasilkan susu secara berterusan...


Menangani Masalah Pembengkakan & Masalah Payudara (Engorgement)

3-5 hari selepas melahirkan payudara akan menjadi bengkak sedikit kerana perubahan daripada susu awal (kolustrum) kepada susu matang.Tanggalkan bra atau pakai bra yang tidak ketat untuk mengelakan tekanan lebih kepada payudara.Sekiranya mengalami pembengkakan yang teruk dan menyakitkan anda boleh legakan dengan menggunakan ice pack atau tuam panas payudara yang sakit tersebut.Teknik tersebut adalah untuk melancarkan susu .Selain daripada itu kekerapan menyusu bayi juga dapat mengurangkan pembengkakan kerana susu sentiasa di keluarkan daripada payudara.Ia juga dapat mengelakkan saluran susu daripada tersumbat (plugged duct) dan mastitis.

No comments:

Post a Comment