Monday, February 8, 2010

Tamatlah Riwayat Susu Perahanku Stok Untuk 2 bulan

Bila terkenang kisah yang satu ni..Mesti aku rasa sengal satu badan dok mengenangkan stok yang dah tersedia untuk 2 bulan rosak semuanya...Kisah terjadi sewaktu anak ku yang sulung berumur 6-7 bulan tak salah aku..Memang ujian darinya untuk aku untuk menguji kesabaran hambanya..Minggu tu aku ambil cuti nak berehat kat kampung kat Kuala Pilah...Waktu tu kat kg aku tak pasang astro lagi dan siaran memang tak cantik dan membuat aku malas nak tengok tv..
Kebetulan pada waktu aku kat kg tu satu KL tengah havoc bekalan letrik terganggu..Aku pun tau melalui surat khabar,tapi tak terfikir lak kawasan perumahan aku pun kena juga...2-3 hari jugak elektrik terganggu ..Bila balik hati tak sedap,Sampai je kat rumah,jiran tetangga sibuk cakap pasal letrik tergangu waktu aku aku tak da...Bukak jer pintu terus lari tengok stok susu....Semua dah rosak,dah tak sejuk dan berbau tengik..Terus menangis²,suami yang tengok terus tak leh nak cakap ape...Aku menangis semahunya kat bilik...Husband yang buangkan semua susu yang rosak tu coz aku tak sanggup melihatnya...Aku duk terperapkan dalam bilik...Bila anak menyusu,aku nangis tengok dia ...Seolah² dia faham perasaan uminya pada waktu tu,anak aku melemparkan senyuman yang paling manis yang telah memberiku kekuatan untuk memulakan sesi relaktasi tuk mengejar stok susu yang telah rosak tersebut...

Aku kumpulkan kekuatan dan semangat untuk buat stok siap ambil cuti emergency lagi ..seharian aku buat stok sekaligus merelaktasi untuk menambahkan susu/menggantikan susu badan yang telah rosak agar dapat menampung bekalan harian anak ku...Setiap malam aku bekerja keras mengepam susu ..Selama seminggu lebih gak aku berlanjutan buat begitu ..akhirnya dapat jugak kumpul stok untuk 2 minggu ..walaupun tak berapa banyak daripada sebelumnya...tapi cukup menenangkan fikiran sikit,kot² aku kena pergi kursus ke...

Bila anak kedua,Stok simpanan susuku aku bahagikan kepada 3 tempat penyimpanan(rumah sendiri,rumah MIL,and rumah baby sitter...So aku tak da masalah lagi sekiranya berlaku kecelakaan seperti yang menimpa stok susu untuk anak sulungku dulu...

No comments:

Post a Comment