Saturday, March 20, 2010

Punca Kegagalan Breastfeeding

Pernah dengar..."Susu dah Kering la",Susu tak ada/Tak ada susu la","Baby tak nak menyusu","Leceh nak kerja/susahla saya ibu bekerjaya"dan banyak lagi alasan² lain yang sering kita dengar daripada ibu² yang baru melahirkan dan ibu² yang tidak berjaya menyusukan bayi...Di dalam sesetengah kes ada yang berjaya menyusukan semasa dalam pantang tetapi enggan meneruskan penyusuan kerana alasan yang pada saya satu alasan² yang tidak munasabah,kurang ilmu dan pentingkan diri sendiri ...


Mengapa ini terjadi?

1) Sikap Ibu:-
- malas membaca tentang penyusuan susu ibu walaupun bahan bacaan ada.Ini menyebabkan ibu² kurang ilmu untuk menjayakan penyusuan.
- Sikap Ego dan tidak berfikiran terbuka apabila diajar & dinasihatkan agar menyusui bayi dengan susu ibu.
- Malas bertanya/silap sekiranya bertanya kepada Ibu² yang tidak menyusukan bayi dengan susu ibu kerana pasti info yang di berikan tidak tepat/salah tentang susu ibu.



2) Mindset/Tetapkan matlamat
- Sejak dari hamil lagi ibu tidak tetapkan minda & matlamat hanya untuk menyusukan susu ibu sahaja walau apapun terjadi.Sekiranya matlamat di tetapkan dari awal lagi,sebarang masalah penyusuan ibu akan dapat hadapinya dan ibu sedaya upaya menyelesaikan masalah tersebut.


3) Pengaruh Media & Iklan
- Kebanyakan syarikat susu formula menggunakan taktik melantik artis² yang popular atau ikon masyarakat menjadi model jenama susu mereka di mana iklan² yang dilakonkan memperlihatkan ibu/artis tersebut berbahagia/berpuas hati memberikan anak mereka susu formula seolah² anak tersebut telah mendapat hanya yang terbaik daripada susu formula itu.Artis/model memberi impak menarik ibu² untuk memberikan yang sama seperti mereka(model/artis tersebut) walhal sesetengah model itu sebenarnya adalah ibu yang menyusu susu ibu sebenarnya.
- Media cetak & Elektronik kurang mendedahkan tentang kebaikan & pentingnya penyusuan susu ibu kepada bayi.Kebanyakannya banyak mempromosikan susu formula kerana mereka mendapat imbuhan bayaran dan tujuan mengaut keuntungan.
4) Kurang pendedahan
- Kesibukan masa kini menghalang ibu² untuk mencari masa untuk mempelajari tentang kebaikan susu ibu,dan maghadirkan diri ke kelas² ante natal dimana mengajar tentang penyusuan susu ibu.
5) Pengaruh daripada orang² sekeliling dan orang terdekat
- Pengaruh daripada ibu/ibu mentua,suami,adik-beradik,rakan²,dll yang tidak mengamalkan penyusuan susu ibu dan mereka ini tidak memberi galakkan & semangat serta memberi info yang tidak tepat dan sekaligus memberi impak negatif kepada ibu² yang baru melahirkan agar tidak memberi susu ibu.
- Contoh ayat/pandangan/mitos orang sekeliling yang boleh memberi impak negati sekiranya ibu² tak kuat semangat untuk menyusukan bayi
"Nanti Tetek kendur kalau menyusukan bayi"
"Bayi bukan hisap susu lagi kalau dah 6 bulan ke atas/waktu mengandung,bayi tu hisap darah"
"Menyuskan anak lebih setahun boleh buat anak cacing"
"Nanti kau susah nak masuk kerja nanti,leceh"
dan banyak lagi kata² lain yang negatif tentang penyusuan susu ibu.
6) Pengaruh Sesetengah Doktor/Jururawat/Hospital
- Kebanyakan syarikat susu formula memberi sejumlah besar kepada Hospital/Klinik/Dr./Pakar² agar diberi kepada ibu² yang bersalin dan hamil untuk di jadikan sample.Ini sebenarnya memberikan kesan negatif kepada ibu² tersebut kerana mereka mengangap bahawa susu formula yang mereka terima adalah yang terbaik untuk diberikan kepada bayi kerana telah di sarankan oleh Doktor sendiri.


Friday, March 19, 2010

Terpilih Sebagai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

Tak sabar rasanya nak tunggu 2 April 2010 ni ,Saya telah diterima untuk menyertai Malaysian Breastfeeding Peer Counselor....Mesti best dapat berjumpa dengan ibu² hebat dan dapat belajar bersama² selama 3 hari 2-4hb/jumaat sampai ahad.Tak pasti lagi apa yang bakal kami pelajari coz tak dapat ape² lagi jadual,apa yang aku tahu program ini akan melahirkan bakal-bakal pembimbing rakan penyusuan yang baru untuk sesi kawasan KL-Selangor..Saya harap dengan program ini , perjuangan saya untuk melihat masyarakat kita semuanya dapat menyusukan bayi dengan susu ibu lebih mudah.Segala pembelajaran yang bakal diperolehi di sana nanti akan ku gunakan sebaiknya untuk membantu ibu² yang baru, bakal² ibu dan semua wanita agar misi penyusuan susu ibu tercapai ...Insyaallah...Nanti saya updatekan gambar² sekitar program jika berkesempatan....

Sunday, March 14, 2010

Fikir Hanya Susu Ibu sahaja Yang Terbaik...

Mindset positif tentang penyusuan penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu...
Minda/Kita ibarat sebagai seorang Jurulatih kepada pasukan kita sendiri iaitu badan keseluruhannya dimana sebagai seorang jurulatih kita melatih pasukan untuk menjadi kuat dan tangkas,tetapi jurulatih yang baik,selain melatih menjadikan sebuah pasukan yang kuat dan tangkas dia juga menerapkan kepada pasukannya kearah minda yang sentiasa ingin menang...Dengan minda yang sudah di setkan untuk sentiasa ingin mencapai kemenangan maka walaubagaimana payah dan getirnya sesebuah perlawanan ,pasukan tersebut akan berusaha untuk memenanginya.Begitu juga dengan diri kita,sedari mengandung lagi minda di setkan untuk menjaga diri,pemakanan sewaktu hamil,bayi dalam kandungan sehingga kepada keperluan bayi apabila lahir kelak dah difikirkan.

Untuk menjayakan penyusuan sepenuhnya,Sejak dari mengandung lagi kita dah setkan fikiran untuk memberi yang terbaik buat bayi kita maka kita akan berusaha mencari ilmu tentangnya.Semua buku kekeluargaan,bayi dan kehamilan sentiasa menyebut tentang kepentingan penyusuan susu ibu.Jadi,untuk berjaya menyusukan bayi,ibu tetapkan minda & hati bahawa apabila bayi lahir kelak, kita akan menyusukan bayi dengan hanya susu ibu sahaja walau apa pun terjadi.Ibu yang tidak setkan mindanya untuk menyusukan susu ibu sahaja,tidak akan berjaya menyusukan bayi mereka,maka jadilah alasan-alasan susu sikit,susu tidak ada,bayi tidak kenyang,leceh nak kerja,tetek kendur dan sebagainya kerana ibu-ibu tidak bersedia sewaktu hamil lagi.
Apa pun yang kita lakukan Mindset penting untuk sesebuah kejayaan termasuk penyusuan susu ibu juga.Dengan matlamat yang telah di tetapkan itu jugalah penguat semangat ibu² untuk meneruskan penyusuan susu ibu walaupun terdapat halangan dan masalah kelak...☻

Wednesday, March 10, 2010

Jom join Next SGM"Managing Myths In Breastfeeding"

Seronok tajuk ni,harap tak ada aral nak join...tapi belum daftar lagi takut ada hal...
tapi tetap ajak gak semua ibu² dan bakal ibu² pegi....

Monday, March 1, 2010

Lagi Gambar SGM - 28hb Februari 2010 - Ahad

ni gambar ibu² hebat tengah menyediakan juadah yang di bawa oleh kengkawan susuibu.com

Makan time!!!Semua dah macam semut jumpa gula,maklumlah perut dah berkeroncong & tekak dah naik haus kepanasan..

Sempat menyelit potong kek B'Day anak teruna aku...Sepanjang diskusi berlansung ,dia asyik datang menjengah jat sebelahku bukan nak dengar info tapi dok sibuk tanya bila nak potong kek dia...Potong stim betul...

Ni gambar kengkawan yang sempat aku borak panjang sikit...Yang lain tegur² and senyum² perkenalan je ,malu la konon aku tu...


Anak ku kehausan & kepenatan menunggu umminya berdiskusi ...Masuk kete terus mintak nenen and terus tidur sampai tiba ke Alamanda plak....Jalan sakan aku hari itu...Sampai umah malam...

Gambar Sekitar SGM kat Bangi - "Overcoming Low Weight Gain"

Sesi Perkenalan dengan Ayu a.k.a ayukhairy

Inilah ahli kumpulan Mama Kamariah

Inilah dia gambar Pengasas Susuibu.com,Pn.Kamariah

Kusyuk tu tengok Mama Kamariah bagi info....ke Sebab dah tak tahan panas beb...

Sorry kengkawan tak dapat upload gambar semalam coz tak sempat la..Ni pun tak tau la kenapa tak leh upload banyak² gambar...Takpe besok aku try uploadkan lagi gambar lain...Banyak benda nak kena kejar jugak semalam...Nak visit website kesayanganku Susuibu.com pun tak sempat ...maklumlah nak kejar due date submit monthly report...Hari itu,perbincangan yang berlansung memang kena dengan aku...Anak ku yang no 2 tu memang kategori cekeding...Info baru yang terupdate kat otak aku daripada kwn² yang share tersangatlah banyak....

Diantara yang terkini kenapa anak yang menyusu ibu kengkadang kurus berbanding ngan Formula baby...:-
1) Kerana kandungan lemak di dalam susu ibu² berbeza-beza dan pemakanan ibu itu sendiri.
2)Keadaan cuaca - seperti yang kita ketahui,pemakanan masyarakat di setiap pelosok dunia adalah berbeza² cthnya:-penduduk negara yang beriklim sejuk cenderung memakan makanan yang tinggi kandungan kalori/lemak untuk melindungi badan daripada suhu sejuk.Begitu juga dengan kandungan susuibu yang terhasil daripada ibu² yang berada di suhu tersebut di mana kandungan lemak dalam susuibu tersebut lebih tinggi untuk melindungi bayi daripada suhu..Begitu juga sebaliknya,dimana ibu di kawasan yang panas & kering (lebih kandungan air utk menggantikan air yang hilang melalui peluh)
3)Gaya hidup ibu itu sendiri seperti sekiranya ibu di kalangan atlet/seorang ibu yang aktif, mempengaruhi kandungan lemak dalam susu ibu.Dimana lemak yang ada di dalam badan ibu telah banyak terbakar melalui aktiviti mereka sendiri dan sejurusnya kandungan lemak di dalam susu ibu itu juga akan kurang.Saya pernah baca dalam sebuah buku "the Art Of Breastfeeding".Ia menerangkan di mana hendaklah seorang ibu itu meyusukan anaknya sebelum melakukan sebarang aktiviti senaman atau susukan bayi 2 jam selepas bersenam ..
4)Sesetengah bayi tidak mendapat susu akhir (hind Milk)kerana hilang fokus sewaktu sesi penyusuan berlansung,lebih² lagi bayi yang berusia 6 bulan ke atas...

Sebenarnya banyak lagi info lain yang telah di bincangkan,Kini telah di post mortermkan di susuibu.com sila layari untuk baca kat forum.Perbincangan mengenainya sedang hangat di bincangkan untuk ibu² yang tak dapat join hari ahad lepas...