Sunday, August 17, 2014

KEBAIKKAN MENGENDONG BAYI / BABYWEARING BENEFITS

Aktiviti mengendong bayi samada menggunakan tangan atau alat pengendong khas sememangnya meniggalkan kesan yang baik kepada ibubapa/penjaga dan bayi.Ianya adalah salah satu cara semulajadi manusia menunjukkan kasih sayang dan keprihatinan antara mereka :-


Antara kebaikkan yang diperolehi daripada aktiviti mengendong kepada bayi :-

  • Bayi yang dikendong akan berasa lebih gembira kerana keperluan emosi mereka mudah di penuhi kerana berada dekat dengan ibu /bapa/penjaga yang mengendong mereka.Sebarang perubahan atau ketidakselesaan yang diekspresasi oleh mereka mudah di sedari oleh ibubapa/penjaga.Bayi gembira kurang menangis dan mudah diuruskan.
  • Bayi lebih tenang – Bayi yang dikendong berasa lebih selamat dan yakin kerana kehadiran orang yang mereka kenali yang berada begitu dekat untuk mereka membantu mereka tenang dan tidak mudah cemas untuk menghadapi sebarang keadaan dan persekitaran mereka.Selain daripada itu,dengupan jantung serta suara ibubapa/penjaga yang mereka dengari semasa dikendong,mengingatkan keadaan semasa mereka berada di alam rahim ibunya yang mana tempat itu adalah tempat yang paling selamat dan menenangkan yang didiaminya selama 9 bulan.
  • Merangsang perkembangan sistem tubuh bayi pramatang agar matang lebih cepat- menurut kajian yang dijalankan oleh pakar (rujuk kajian disini),dengan stimulasi sentuhan, ianya mampu mempercepatkan perkembangan bayi pra matang.selain sentuhan aktiviti mengendong bayi dan melakukan teknik “Kangaroo Care” mempunyai pelbagai kelebihan selain menyediakan suhu dan persekitaran seperti berada didalam rahim untuk membantu bayi pramatang berkembang dengan lebih baik,mengurangi stress dan komplikasi.Teknik ini dikatakan lebih baik daripada menggunakan teknologi moden.
  • Membantu didalam proses pertuturan – Bayi yang dikendong mudah bercakap dan bercakap lebih baik kerana mereka kerap berinteraksi dan mendengar percakapan serta memerhati ibubapa/penjaganya berinteraksi dengan orang lain atau dengan mereka sendiri.Keadaan ini secara tidak langsung mengajar mereka belajar bercakap
  • Membantu bayi belajar – Bayi dikendong secara tidak langsung dapat belajar tentang sesuatu melalui pemerhatian mereka kepada sesuatu perkara yang ibubapa/penjaga mereka lakukan sewaktu mengendong mereka.mereka lebih memahami dengan lebih baik kerana berada dalam persekitaran yang rapat dengan ibubapa/penjaga mereka.
  • Mengelakkan “Flat head syndrome” atau “Plagiocephaly” – bayi yang dikendong kurang berbaring pada belakang mereka yang mana perlakuan bayi yang kerap di baringkan dengan belakang mereka cenderung mengalami masalah “Flat head syndrome” atau “Plagiocephaly” ini.Sememangnya jika membaringkan bayi,posisi terbaik adalah baring dibelakang mereka untuk mengelakkan sindrom “SIDS” tetapi perbuatan ini jika kerap dilakukan akan menyebabkan “Flat head syndrome” atau “Plagiocephaly”.Kita dapat mengelkakkan kedua-dea perkara ini daripada terjadi dengan mengendong bayi atau “Babywearing”
  • Membantu dalam peningkatan berat badan bayi – Bayi mudah menyusui dengan ibunya tanpa mengganggu aktiviti ibunya semasa proses penyusuan berlangsung.Untuk peningkatan berat badan yang baik bagi bayi,penyusuan secara “On Demand” atau mngikut kehendak bayi sangat penting.Sesetengah ibu menjadualkan proses penyusuan susu ibu bagi merancan aktiviti mereka padahal kepentingan penyusuan secara mengikut kehendak bayi adalah sangat penting untuk menjayakan penyusuan susu ibu.Melalui “Babywearing” bayi mudah untuk menikmati keperluan pemakanan mereka tanpa mengganggu aktiviti ibunya.

Antara kebaikan yang diperolehi daripada aktiviti mengendong anda:-

  • Mempemudahkan aktiviti harian – Aktiviti mengendong bayi dengan alat pengendong dapat membantu ibubapa/penjaga melakukan aktiviti atau kerja rumah dengan mudah.Bantuan daripada alat pengendong bayi untuk memegang bayi melekap pada tubuh anda,memberi anda kebebesan menggunakan kedua-dua belah tangan untuk melakukan sesuatu pekerjaan atau melakukan kerja yang lain dalam satu masa.
  • Anda lebih peka – Sebarang perubahan dan kehendak bayi akan anda dapat kesan diperingkat awal kerana bayi berada dekat dengan anda.
  • Lebih gembira – Apabila bayi gembira mereka menjadi bayi yang mudah diuruskan.Bayi yang tenang,mudah diuruskan dan kurang menangis membuatkan anda lebih gembira.
  • Memudahkan Penyusuan Susu Ibu – Aktiviti dan alat mengendong bayi membantu anda menyusukan anak dimana-mana sahaja tanpa mengganggu aktiviti anda.Selain mempermudahkan penyusuan di mana-di mana, kekerapan penyusuan membantu merangsang penghasilan susu ibu dengan lebih baik lagi.
  • Mengeratkan ikatan antara ibubapa/penjaga – mengendong bayi dapat memberikan dan menguatkan kasih sayang antara anda dan bayi.Melalui belaian,pelukan,kata-kata,dengupan jantung ,dan bau anda dapat memberikan rasa tenang dan bayi merasa disayangi
  • Mudah untuk menidurkan bayi – Proses menidurkan bayi lebih mudah dengan mengendong.irama dengupan jantung anda,bau,suara anda serta pergerakkan anda cukup mendamaikan bagi bayi ini cukup membuatkannya tenang dan mudah tidur tanpa perlu mendodoi mereka.
LAYARI KEDAI ONLINE PENGENDONG BAYI ERGONOMIK TUGEDA CARRIER DI LINK INI : http://tugedacarrier.com.my

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete