Friday, August 12, 2011

KISAH PENYUSUAN RAKAN HEBAT MENJADI JUARA PERADUAN "DUNIA SUSU IBU"

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan...

Hari ini hasil nukilan sendiri tiada tapi ada sesuatu yang sangat² nak saya kongsikan pada pembaca² sekalian... Ini adalah kisah seorang teman yang telah bangkit daripada kegagalan lalu dalam penyusuan dan akhirnya berkat semangat yang kental dan keazaman yang tinggi akhirnya beliau dapat mengatasi masalah² dalam dunia penyusuan beliau yang telah lalu dengan jayanya.. Ikuti kisahnya yang mana telah menjadi juara dalam Peraduan yang dianjurkan oleh "Dunia Susu Ibu" yang lalu... Semoga apa yang di kongsikan oleh beliau ini menjadi suntikan semangat untuk ibu² baru dan rakan² penyusuan lain agar dapat mengikuti jejaknya..
Ikuti Kisah IBU HEBAT ini seperti dibawah :- (Terima kasih Puan Noorfazila Abdul Rahman kerana memberi kebenaran untuk share kisahmu ini)






Kategori : Bersalin Secara Normal
Tarikh Lahir Anak : 22 Mac 2011 (Selasa / 5.48pagi @ PPUM)

Nama Bayi:Dahiyah Lauzah binti Muhamad Taufik

" Perjalanan Penyusuanku..Walau apa pun halangan dan rintangan yg dtg kuhadapi semuanya tanpa setitik air mata pun yg tumpah kerna mungkin aku sudah cukup puas menagisi kegagalan dalam menyusukan anak pertamaku.."

~ 6.3. Entri / Keterangan (berdasarkan kategori yang dipilih) :

Aku mendapat perkabaran berita gembira ini di Malam Nisfu Syaaban tahun lalu..tiada apa yang lebih membahagiakan bila aku disahkan hamil buat kali kedua..kupanjat kesyukuran pd Yang Esa kerana diberi peluang kedua menikmati momen indah sebagai seorang ibu..perkara pertama yang terlintas difikiranku saat itu ialah.."AKU MAHU ANAKKU KALI INI MENDAPAT SEPENUHNYA KHASIAT SUSU IBU SELAMAYANG BOLEH.." Dek kerana semangat ku yang membara itulah perkara pertama yang kunyatakan pada suami..aku juga katakan benda pertama yang aku akan beli sebagai persiapan menyambut kelahiran bayi kedua kami ialah "Breast Pump"..(semangat betul kan..hahaha)..semangat ini datang rentetan dari kegagalanku ketika anak pertama..benar bg ku untuk berjaya dalam Breastfeeding semangat sahaja tidak cukup tanpa ilmu dan persediaan dr segi mental dan gedget..

Dari saat itu, aku mula mengumpul sebanyak mungkin ilmu2 dan info2 berguna berkenaan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif..melalui carian google aku sering belajar dari website susuibu.com dan blog2 ibu2 yang telah berjaya dan sedang menyusui bayi mereka..selain itu majalah Pa&Ma juga merupakan rujukanku..terlalu banyak ilmu yang aku perolehi dan aku belajar dari pengalaman mereka..aku sgt2 beruntung kerana dikelilingi kawan2 yang sentiasa memberi sokongan penuh tentang hasrat murniku ini..aku melalui tempoh kehamilan dengan mudah sekali berbanding dengan kehamilan pertamaku..Mungkin kerana keterujaanku dan semangat untuk menyusukan anakku terlalu membara dikala usia kandungan baru mencecah 6 bln..air jernih dan kemudiannya kuning keruh mula keluar dr cik B ku..ya Allah kali ini semangat ku makin membara..aku yakin aku akan berjaya dengan izin Ilahi..seawal usia kandungan 4 bulan ku telah mula membeli idaman hati iaitu Medela Breastpump melalui sistem kutu dari Little Caliph Heaven diikuti dengan lain2 keperluan yang berkaitan dengan breastfeeding..bila ku lihat storage botol yang banyak tu..aku berdoa bersungguh2 agar tidak lame lagi botol2 itu semua akan dipenuhi dengan susu ku..(Rujuk Foto 1,2,3,4,5,6)..Selain itu aku juga menambah ilmu penyusuan ibu melalui Kelas Persediaan Penyusuan Susu Ibu di Pusat Perubatan Universiti Malaya tempat di mana aku akan melahirkan anakku..bagiku persediaan penting bagi semua ibu yang berhasrat untuk menyusukan anak secara eksklusif adalah seperti yang terkandung dlm Notes yang aku kongsi dengan kwn2 FB yang lain seperti di sini http://www.facebook.com/no​te.php?note_id=19912958677​3071

Cabaran pertamaku ialah apabila ada beberapa hamba Allah yang seakan memerliku dengan menyatakan yang jgn terlalu yakin takut aku akan kecewa bila takde susu nanti..tp berkat ilmu dan info yang aku dapat dr hasil pembacaanku semua itu aku harungi dgn cukup positif..walaupun aku sering disogok dengan cerita2 yang buruk tentang penyusuan susu ibu yang tidak berjaya itu semua tidak menjadi kudis padaku..sebaliknya semangat ku terus membara.. aku menghadapinya dengan sentiasa berfikir positif agar aku tidak terpengaruh dengan cerita2 mereka..

Akhirnya saat yang ditunggu telah tiba..awal pagi 22 Mac 2011 aku mula merasa kontraksi yang semakin kerap diikuti tanda2 kelahiran..dengan tenang aku dan suami ke Pusat Perubatan Universiti Malaya tempat yang sama aku melahirkan anak pertamaku..aku masuk ke labour room jam 4.10pagi..syukur alhamdulillah seperti kelahiran pertama kali ini juga aku melalui kontraksi dengan cukup singkat kerana tidak sampai 2 jam iaitu jam 5.48pagi aku pun berjaya melahirkan anakku dengan proses kelahiran normal..syukur pada Ilahi..segalanya dipermudahkan..mendengar suara tangisannya buat pertama kali mebuatkan aku tersenyum..lahirlah bayi yang kami namakan sebagai Dahiyah Lauzah binti MUhamad Taufik moga anak ini menjadi seorang anak yang pintar dan berguna seperti maksud namanya..(Rujuk Foto 7)..

Memandangkan PPUM merupakn hospital yang menyokong penuh penyusuan susu ibu syukur alhamdulillah perjalanan pertama penyusuanku dimudahkan..detik jam 6.15 pagi iaitu tidak sampai stgh jam aku melahirkan..hisapan pertama dr anakku cukup mengasyikkan..sama seperti bayi lain yg sememangnya dibekalkn Ilahi dengan naluri hisapan yg baik aku berjaya menyusukn bayiku..syukur akhirnya tercapai juga impianku utk menyusukannya..(Rujuk Foto 8) Memandangkan aku bersalin secara normal dan ini merupakan pengalaman ku yang kedua aku tidak menghadapi masalah untuk menyusukan lauzah..Kali ini perjalanan penyusuan lebih mudah kerana aku telah terangkan awal2 pada ibuku yang aku takkan beri susu lain selain susuku..syukur mama memahami dan tidak memaksa aku memberi susu formula seperti yang berlaku pada anak sulungku..memandangkan susuku sudah mula keluar sebelum bersalin lagi maka perjalanan penyusuanku semakin mudah..aku sentiasa positif dan menyatakan bahawa susuku ini cukup utk anakku yg masih kecil ini..aku juga sempat memberi semangat kepada ibu2 di sekeliling katilku utk terus menyusukan bayi walaupun susu masih belum keluar lagi..aku terus menyusukan ankku setiap jam sekali..dan aku btl2 enjoy saat itu walaupun terasa sakit di bahagian rahim tp itu perkara normal kata doktor kerana itulah tanda bayi menghisap dgn betul..alhamdulillah..

~ 6.3.1. Apa yang berlaku semasa penyusuan (masalah / cabaran dll)
~ 6.3.2. Cara menghadapi dan menyelesaikan masalah

** BENGKAK SUSU**

Cabaran bermula bila masuk hari ketiga dan keempat berpantang..aku mengalami bengkak susu..Ya Allah tuhan saja yang tau betapa sakitnya ku rasa..cik B ku mengeras dan panas..aku cuba memicit2 tp tak begitu keluar..dgn kepayahan dan kesakitan itu aku tetap gagahkan diri utk menyusukan bayi ku dan bangun waktu malam utk meneruskan penyusuan kerana dr pembacaanku hisapan bayi merupakan perkara terbaik utk mengurangkan bengkak susu..tp lama kelamaan aku semakin tidak tahan..sebagai penyelesaiannya mula2 aku menelan panadol kerana terasa seperti nak demam..kemudian aku menuam cik B dengan air panas yg diletak dlm botol susu dan dilapik dgn tuala kemudian mama menyarankan aku meletak kobis sepanjang malam..(tapi baru skrg aku tau yang amalan meletak kobis tidak digalakkan kerana ia cuma membantu menghilangkan bengkak tapi dlm masa yang sama mengurangkan susu..entahla aku pun tak pasti sama ada ini merupakan fakta yang telah terbukti secara klinikan atau tanggapan orang tp yg pastinya aku dapat menyelesaikan masalah bengkak slusu yang ku alami) alhamdulillah hari seterusnya bengkak mula hilang sebaliknya susu selalu menitik dan membuatkan baju ku sentiasa basah..masuk hari keempat buat pertama kalinya aku mengepam waktu itu yang keluar masih kolestrum yg berwarna kuning keemasan..(Rujuk Foto 9)

**BABY JAUNDIS YANG TERUK (TERPAKSA MENJADI EXCLUSIVE PUMPING MUM)

Cabaran kedua berlaku pada hari keenam berpantang dimana lauzah npk semakin kuning kerana jaundis..aku mmg sudah menjangka kerana aku merupakan ibu yang berdarah jenis O yg sememangnya anak2 yg dilahirkan sinonim dgn jaundis..risau dengan keadaannya aku pun membawanya ke Klinik Panel keluarga kami..disana doktor mengesahkan yang jaundis lauzah ditahap yang membimbangkan beliau memberi surat rujukan dan memintaku terus membawa anak ke Unit Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang..memang benar seperti yang disangka dari hasil bacaan bilirubin dr sampel darah yang diambil..bacaan tahap bilirubin jaundis lauzah sangat tinggi iaitu 370 berbanding sepatutnya dengan berat dan usia sepatutnya maksimum 280..maka kami ditahan wad..lauzah diletakkan di wad NICU untuk menjalani fototerapi..ya Allah tuhan saja yang tau betapa sedihnya aku bile melihat anak yg br berusia 6 hari seperti dipanggang di bawah oven kerana lauzah diberikan double foto iaitu atas dan bawah berlampu..(Rujuk Foto 10) Pada waktu itu, aku merupakan satu2nya ibu yang menyusukan bayiku..sangat menyedihkan kerana semua baby dlm tu diberikan susu formula oleh nurse yg bertugas..owwhhh kesiannya baby2 tu semua..walaupun disediakan bilik utk ibu berehat tapi aku ttp tidak mahu meninggalkan anakku..tidak lame slps itu ade 3 org lg ibu yg menyusukan baby..memandangkan aku kerap menyusukan lauzah seorang doktor telah memarahi ku dia melarang aku menyusukan direct kerana lauzah perlukan cahaya biru itu lebih lama utk menurunkan paras bilirubin..katanya kalau aku ttp berdegil ada kemungkinan anakku takkan dapat keluar dan akan menjalani proses menukar darah..sebagai jalan penyelesaian, aku terpaksa mengepam dan baby hanya akan minum fresh ebm dr cup..bermula dr itu aku terpaksa memerah susu setiap hari..dengan linangan air mata aku kerapkan mengepam menyebabkan bekalan ebm semakin banyak kerana lauzah tidak byk minum..terima kasih kpd MLO 2oz bottle storage yg memudahkan ku kerana tidak perlu membazir storage kerana hasil perahan diawal kelahiran masih belum meriah.. Alhamdulillah berkat dari susu ku..paras jaundis lauzah semakin berkurang..dan selepas 4 hari ditahan wad kami pun pulang ke rumah..

**NIPPLE LUKA**

Seperti ibu2 menyusukan anak yg lain, aku juga mengalami masalah yang sama..sakit yg teramat sgt lebih2 lagi apabila lauzah mula menghisap..kerana hisapan yg sgt kuat menyebabkan sakit semakin tidak tertanggung..tp aku tak tau kenapa walau sakit yg teramat tp dek kerana semangat dan kecekalanku aku tetap harunginya..en hubbyla yg paling risau sekali..sehingga keluar dari mulutnya.."takpela kite bg susu tin je la..dh sakit sgt tu kan"..tp aku ttp berkeras..tp akhirnya aku akur dengan menyuruh hubby memanaskan ebm yg ku perah sebelum ini..nipple yg luka itu aku sapukan dengan air susu ku sendiri petua dr jururawat sendiri katanya ubat paling baik utk luka nipple adalah susu kita sendiri..aku hadapi hari2 yang menyeronokkan walaupun dlm kesakitan yg amat..lebih2 lagi kalau terkena tuala selepas mandi aduhhh sakitnya mcm dihiris2 dengan pisau tajam..nursing bra jugasgt membantu di saat ini..tp berkat kesabaran semua tu hilang setelah beberapa minggu..

**RUANG MENYIMPAN EBM SEMAKIN KRITIKAL**

Aku memanfaatkan sebaiknya cuti bersalinku selama 3 bln dengan mengumpul sebanyak mungkin stok EBM..Alhamdulillah semakin lama aku semakin enjoy melalui2 momen2 indah penyusuan bersama Lauzah..semakin hari hasil mengepam semakin banyak membuatku semakin bersemangat..aku cuma mengepam sebanyak 2 kali sahaja sepanjang bercuti kerana aku lebih banyak menyusukan bayi sekerap mungkin kerana bg aku rangsangan terbaik utk penghasilan susu yang banyak ialah melalui hisapan bayi kita sendiri..aku percaya lebih banyak yg dia hisap lebih byk yg terhasil..bermula dgn hanya mendapat 2oz sekali pam kini hasil yang paling banyak aku perolehi adalah sebanyak 19oz..(Rujuk gambar 11,12,13,14,15, 16).. Cabaran lain yang mendatang apabila stok semakin banyak ruang freezer peti ais 2 pintu rumahku semakin sempit membuatkan mama mula bising dan mula negetif terhadap penyimpanan stok ebm..(Rujuk Foto 17,18,19,20,21) teringat kata2nya yg membuatkan luluh semangat ku.."dah takde ruang dh nk letak ikan lain2 barang..nak campak mane lg lpsni tula ko asyik pam tu yg mkin byk tu..lpsni buang je lah.." alhamdulillah akhirnya kakak ku menawarkan supaya meletak sebahagian ebm ke dlm freezer rumahnya..(Rujuk foto 22) moga Allah balas jasa baik kakakku nanti..akhirnya sebagai penyelesaian suami ku membelikan deep freezer utk aku meletakkan semua stok ebm ke dalamnya..memandangkan waktu itu baki cuti ku masih ada lebih kurang sebulan lagi..aku sememangnya bertekad dan target utk mengumpul 1000oz jika diizinkan Allah..dengan adanya deep freezer semangat untuk mengumpul stok EBM semakin membara dan akhirnya setelah habis 3 bln cuti bersalin aku berjaya mengumpul lebih dr apa yg aku sasarkan..

**OVER SUPPLY**

Semakin hari stok EBM semakin banyak memandangkan anakku hanya minum 5 x 3.5oz (2 frozen, 3 fresh ebm) sahaja sehari..setiap hari di ofis aku berjaya membawa balik 24-28oz ebm hasil dr 2 sesi mengepam di ofis ditambah dgn stok perahan di rumah sblm ke ofis dan sebelum tido yg kadangkala aku dapat sehingga 12oz..aku hnya menggunakan 10.5oz utk bekalan anakku di taska dan yg lainnya aku simpan utk stok.. aku risau jika berlaku pembaziran..(RUJUK FOTO 23, 24, 25) sebagai penyelesaiannya setelah berbincang dgn hubby aku berhasrat mencari anak susuan melalui post di wall FB dan di notes seperti disini http://www.facebook.com/me​dia/set/?set=a.23810056954​6728.58570.100000403605981​&type=1#!/note.php?note_id​=240369019315794 alhamdulillah aku telah mendapat anak susuan dan mengikut perancangan mulai bln hadapan aku akan bekalkan stok ebm kepadanya..

6.3.3. Sokongan yang diperolehi

Syukur pada Ilahi kerana dikurniakan suami, keluarga dan sahabat rapat yang sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi terutamanya en hubby Muhamad Taufik bin Shaibon..(Rujuk Foto 34) beliaula tunjang utama mengapa aku boleh berjaya..dia juga saksi kepada segala usaha dan kesungguhan aku dlm menyusukan lauzah..sentuhan jari jemarinya mengurut belakang ku ketika aku lenguh dan sakit belakang menyusukan lauzah sentiasa menjadi pembakar semangat untuk aku berjaya..tanpa pernah menjatuhkn semangat sebaliknya beliau sentiasa memberi dorongan dan paling aku terharu beliau telah menghadiahkanku Deep Freezer utk aku menyimpan stok ebm yg semakin banyak..terharu dengan kata2nya "saya akui awak mmg seorang yang kuat..kalau kite berkeras time mama nk bg damia susu tin dulu msti awak pun boleh berjaya susukan damia jugak.." aku juga ingat kata2 perli yg buat ku bangga..hehehe "tak sampai sebulan dh nk penuh dh deep freezer tu nak beli satu lg ke?"..alhamdulillah beliaula sahabat yg paling setia dan sentiasa menjadi bahu untuk aku menangis di kala ada hamba Allah yang benci dgn kejayaan aku menyusukan lauzah dengan mengatakan aku riak dan takbur dgn kurniaan Allah..sungguh sikit pun tak terniat utk aku menunjuk2 sebaliknya aku ingin menarik supaya semua ibu2 terutama disekeliling ku mendapat peluang menyusukan bayi mereka seperti yg aku rasai sendiri..

Aku bersyukur juga kerana selain suami kali ini aku juga mendapat sokongan penuh dr mama dan ibu mentua..ini kerana mama juga menyusukan aku sehingga berumur 4 thn..dasyat kan..berbunga bangga hati ni bile mama bercerita pada semua org yg cucunya kali ini sihat dan cukup bijak walaupun cuma minum susu ibu yang tak perlukan kos..kakak sulungku juga memberi sepenuh sokongan kerana dia juga menyusukan anak2nya sblm ini..sewaktu ruang utk meletak ebm sudah semakin kritikal beliau menawarkan utk aku meletak sebahagian ebm di freezer rumahnya..kak jasamu takkan ku lupa..

Selain suami dan keluarga, aku juga berkongsi cerita dgn beberapa sahabat rapat melalui sms termasuk sahabat karibku yang merupakan seorang doktor dan memiliki kembar yg kedua2nya menyusu secara exclusive..kami sering berhubung dan bercerita tentang BF..sahabat2 rapat di FB dan dlm group KIM juga merupakan penyuntik semangat untuk aku berjaya..mereka tidak pernah lokek berkongsi ilmu BF dgnku yg sememangnya baru merangkak ni..aku juga mendapat sokongan sepenuhnya dari kwn2 rapat dan rakan sekerja.. teringat aku sewaktu outstation ke Hulu Bernam, Perak..(RUJUK FOTO 27,28)sewaktu di rest house tempat aku menginap, kakak2 ofisku yang sibuk mencarikan freezer yg boleh ditumpang untuk menempatkan hasil perahan ku sepanjang hari itu..selain itu mereka juga membantu aku membuka ziplock plastik storage dan membantu aku menuang fresh ebm sementara aku sedang mengepam sewaktu kami dlm perjalanan..aku sgt terharu dgn sokongan mereka..mereka semua memberi aku kekuatan untuk menghadapi segala cabaran dalam breastfeeding..

Sebelum aku mengakhiri perjalanan penyusuanku ini..aku ingin mengajak semua ibu2 dan bakal ibu utk cuba menyusukan bayi kita sendiri..bayangkan siapa sangka aku yg sebelum ini sering kali mencanang diri ni gagal dulu kerana tidak banyak susu sbnrnya salah sama sekali aku bkn tak ada susu tapi tak ada ilmu..itulah punca utama kegagalan ku dulu tp aku tekad yg aku takkan gagal lg..percayala semua ibu tiada istilah kurang susu kerna Allah telah janjikan rezeki utk setiap bayi melalui susu ibu dr ibu kandungnya..jgn sesekali menidakkan hak mereka..utk yg telah berjaya syabas aku ucapkan kerana aku tau kalian semua sememangnya sangat kuat semangat..mungkin aku tiada harta berjuta ringgit utk aku berikan pd anak2ku tp dgn kurniaan Ilahi ini aku akan pastikan semua anakku akan membesar dari titisan susu ibu yg ikhlas aku beri..moga semua anak2ku berjaya menjadi manusia yg sempurna dunia dan akhirat..
























1 comment: