Saturday, August 6, 2011

Mengajar Anak Berpuasa Pertama Kali...

Assalamualaikum... dan salam sejahtera..

Semalam adalah hari yang paling membanggakan kerana anak terunaku Putera Muhammad Shafariz berjaya buat pertama kalinya berpuasa sepenuh hari. Kebiasaannya dia berpuasa  1/2 hari sahaja.Apa Yang membuat hatiku sayu adalah apabila di menjawab pertanyaanku " Macam mana abang boleh tahan,selalu kata tak tahan lapar" kemudian dia jawab "sebab abg ingat ummi kata Abang CAN DO IT"..Luluh rasa hati mendengar anak kita ingat dan ikut apa yang kita katakan...

Apa yang ku lakukan malam sebelum dia tidur itu..
Baca ayat seperti kebiasaan sebelum tidur iaitu mengucap kalimah syahadah,al-fatihah,ayat kursi,surah al-ikhlas,surah al-falaq,dan surah an-nas dibaca bersama sekeluarga di tempat tidur,ditambah dengan niat puasa dan doa tambahan.Kemudian saya bacakan surah al-Insyiroh dan tiupkan diubun² dan bisikkan apa yang ku mahu di ikuti di telinganya dan cium dahinya sambil baca
"Barakallahufiha" pas tu sebut kuat bagi dia dengar apa yang ku mahu iaitu menjadi muslim sejati,tidak meninggalkan solat dan boleh melakukan apa juga yang diperintahkan allah s.w.t dengan mudah..

No comments:

Post a Comment