Monday, April 12, 2010

Usah Di Kenang Kesilapan Yang Lalu....

Assalamualaikum dan salam bahagia.....

Madah buat teman

Duhai kawan usahlah di kenang lagi segala kesilapan dan kesalahan yang lalu...
kerana ia mengundang kemurungan di dalam diri...
Duhai sahabat ,usah lah di kenang lagi kesilapan dan kesalahan yang lalu...
kerana ia memakan diri sendiri.....
Duhai rakan ,usahlah di kenang segala kesilapan dan kesalahan yang lalu....
kerana ia mematahkan semangat mu.....
Duhai teman ,usahlah dikenang segala kesilapan dan kesalahan yang lalu ....
kerana ia mengecilkan hatimu...

Duhai kawan ,bangunlah dan pandang kehadapan,janganlah menoleh kebelakang lagi...
Duhai sahabat,bangunlah dari kesedihan yang melanda dirimu dan pasanglah niat yang baru....
Duhai rakan,bangunlah dengan semangat yang baru dan kuatkannya dengan ilmu....
Duhai teman.bangunlah dari kesedihan dan bersabarlah dengan ujian dan dugaannya kerana pasti ada hikmahnya di sebalik sesuatu kejadian itu.....

Tidak kira apa juga pengalaman,kesalahan dan kesilapan lalu yang telah kita lakukan atau terjadi,jadikanlah ia sebagai pengalaman hidup yang menguatkan lagi hati dan diri kita untuk menempuh hari² mendatang dengan lebih bererti ,lebih tabah dan diredhai olehnya..

No comments:

Post a Comment