Sunday, April 11, 2010

Persediaan Penyusuan Semasa Mengandung

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Entry kali ini saya nak bercerita tentang persedian semasa mengandung bagi menjamin kejayaan penyusuan susu ibu selepas melahirkan.Untuk melancarkan perjalanan susu dan untuk mengelakkan sumbatan di saluran susu,Ibu² digalakkan membersihkan puting payudara setiap kali semasa mandi dengan menggunakan tuala bersih yang di celupkan dengan air suam bagi menghilangkan kerak pada puting payudara tersebut.Selain daripada itu bakal² ibu digalakkan untuk mengurut keliling payudara dengan cara melakukan putaran kecil dan urut mengelilingi payudara dalam kiraan 20 bagi kedua² belah payudara.Jangan terlalu lama mengurut payudara kerana di khuatiri akan merangsang kontraksi awal.Berhenti daripada mengurut sekiranya berasa kontraksi semasa melakukan urutan tersebut.Selain daripada hot shower juga baik bagi melancarkan peredaran darah di sekeliling payudara agar meransang pengeluaran susu nanti.Teknik ini juga baik bagi sekiranya mengalami masalah susu tersumbat/bengkak susu selepas melahirkan .

 Mengatasi Masalah Puting Tenggelam / Puting Buta

Semasa Hamil ,ibu² yang hamil boleh menggunakan nipple puller/nipple enhancer yang terdapat dipasaran yang di cipta oleh pakar² laktasi atau yang diperbuat sendiri dengan menggunakan syringe yang telah diubahsuai(gambarnya nanti saya carikan).Latihan ini adalah bertujuan untuk mengeluarkan puting yang tiada selain daripada teknik menggunakan jari (Hoffman Technic),selain itu boleh gunakan nipple shield,Breast sheild

No comments:

Post a Comment