Monday, May 24, 2010

Anak Dara ku Demam Campak...

Entry kali ni ,Nak cite kisah anak daraku yang demam campak...3-4 hari sebelum ni Abg nye yang demam...pas tu si abg dah kebah dan tak de pulak tanda² demam campak kat badan dia...sampai la ni ok jer si abg...Abg dah kebah adik pulak yang demam...Mula² ingat demam sebab batuk and selsema...tup² 2-3 hari pas tu naik merah² satu badan dia...Mana lak dia dapat ni...Daripada apa yang di ketahui...Chicken Pox disebabkan oleh virus Varicella (kump Virus Herpes)dan mudah berjangkit melalui sentuhan dan cairan badan orang yang dijangkiti.

Apa yang membimbangkan penyakit ini boleh menyebabkan:-
a) Jangkitan Kulit- menjadi lebam merah,bengkak dan sakit.
b) Dehidrasi - kerana muntah berterusan atau kurang pengambilan air.
c)Kerosakan Otak - adalah akibat radang otak.tanda:-sakit kepala teruk,keliru,mudahmarah,leher keras dan belakang mengeras dan tidak sedarkan diri.
d)Radang sendi - Sendi menjadi sakit,kejang dan bengkak
e) Jangkitan paru²(Pneumonia):-batuk,susah bernafas,pernafasan berbunyi dan sakit dada.

Rawatan:-
a)Rawatan Anti viral - Acyclovir atau immuno globin berkesan sekiranya diambil dalam tempoh 24jam dijangkiti,untuk mengurangkan komplikasi akibat chicken pox.
b)Rawatan Antibiotik
c)Rawatan di rumah _ sapu losyen calamine/Ubatan Antihistamin (kurangkan kegatalan),ubat demam..
d)Rawatan Traditional - beri air kelapa,sapukan bedak sejuk yang dicampur dengan daun semambu,baringkan badan di atas daun pisang untuk keluarkan kepanasan badan .

Terima kasih rakan² yang bagi pelbagai petua seperti:-minum air kelapa dan mandikan dengan air semambu dan baringkan anakku di atas daun pisang.....

No comments:

Post a Comment