Tuesday, October 4, 2011

Memahami Tentang Fitrah Penyusuan Susu Ibu

Penyusuan Susu ibu adalah satu fitrah dalam kehidupan manusia.Ia adalah sesuatu yang alami/natural bagi setiap wanita di dunia ini pada hakikatnya.Penyusuan susu ibu adalah langkah terpenting ke arah perkembangan dan tumbesaran bayi yang sihat.Ini adalah kerana susu ibu adalah bersih,mengandungi antibodi² bagi melawan penyakit,seimbang dan mesra bayi selain keadaan susu ibu itu sendiri mengandungi nutrisi² yang berkhasiat dan seimbang mengikut umur bayi.

Susu terawal yang hadir dikenali sebagai Kolostrum .Ia adalah susu awal yang terbaik untuk diberikan kepada bayi yang baru sahaja lahir dan di hari² awal kelahirannya.Kolostrum adalah susu istimewa berwarna kekuningan,agak melekit.Ia rendah lemak dan tinggi karbohidrat,protein dan mengandungi antibodi² untuk mengekalkan kesihatan bayi daripada serangan penyakit.

Penyusuan susu ibu umumnya memberi kebaikan kepada ibu dan bayi dan memberi pelbagai kebaikan kepada keduanya malah kepada institusi kekeluargaan.

No comments:

Post a Comment