Friday, November 5, 2010

salah Anggap Susu Tak Ada.....

Kita sering mendengar ramai ibu mengeluh tiada susu dan itu jugalah alasan utama ibu2 yang tidak dapat menyuskan anak mereka secara exclusive selama sekurang2nya 6 bulan.Sebenarnya ramai yang salah anggap bahawa susu diawal kelahiran yang lebih dikenali sebagai kolustrum yang hanya dihasilkan sedikit sahaja bermakna mereka tiada susu..Buat pengetahuan semua,susu diawal kelahiran bayi/kolustrum yang dihasilkan selama 1-3 hari sahaja dan hanya dihasilkan sedikit sahaja .ia bukan disukat dengan berapa oz/ml dihasilkan tetapi berapa sudu atau titisan yang dihasilkan.Walaupun ramai yang tahu kolustrum memang dihasilkan sedikit tetapi masih ramai yang gusar tentang bayi mereka ak cukup susu hanya dengan mentafsirkan melalui tangisan bayi....

Tahukah anda bahawa perut bayi yang baru dilahirkan hanyalah sebesar buah ceri sahaja,maka bayi tidak perlu disusukan dengan banyak tetapi perlu disusukan dengan kerap.dan bayi menangis bukanlah sukatan untuk menentukan bahawa bayi tersebut kelaparan.Ya bayi akan memeberi tanda lapar dan tangisan lapar juga berbeza dengan tangisan yang lain...Bayi lapar tidak terus menangis sebaliknya akan memberi tanda yang lain,jika dalam beberapa ketika tidak dihiraukan baru mereka akan menangis dan keadaan tidak berlarutan....

Untuk mempercepatkan peningkatan penghasilan susu yang lebih cepat,penyusuan secara mengikut kehendak bayi"on demand" disarankan atau menyusu setiap 2 jam dan jangan tinggalkan atau kerap tertinggal sesi penyusuan atau pemerahan...

No comments:

Post a Comment