Thursday, May 13, 2010

Salam Kerinduan Buat Semua...

Lama tak menjengah kat blog ku ini...Pelbagai perkara berlaku pada diriku sepanjang bulan April lepas..Ada yang gembira dah duka...Dan yang paling tak dapat dilupakan adalah aku telah dimasukkan kehospital kerana kemalangan motosikal sewaktu ketempat kerja pada 25 April lalu...Kemlangan ini terjadi sewaktu di selekoh di jalan sentul berhampiran flat sri terengganu,dihadapan kedai repair motor..Seekor Anjing dengan tiba² melintas dihadap motor yang aku naik bersama En Hubby...En hubby cuba mengelaknya..dan itulah yg menyebabkan motor hilang kawalan dan kitaorg terseret di jalanraya dan hampir di langgar dari belakang oleh sebuah kereta..Mujur pemandu kereta tu sempat brek emergency dan keadaan hari itu tak banyak kereta...Kalau tak ....Kesan daripada kemalangan itu,aku mengalami tebukan kulit dilutut yang menyebabkan tak dapat berjalan dengan betul selama seminggu hingga sekarang masih dalam terapi fisio kerana lututku masih ketat untuk di bengkokkan...

Perkara yang mengembirakan aku plak adalah di atas kelahiran anak buah baru bernama Putera Ahmad Qayyum...Mukanya sangat sejuk dipandang ..selama aku MC,aku lepak ngan adikku yang berpantang di Kg kelahiran ku,Kuala Pilah..Rasa terlupa akan kesakitan yang aku tanggung bila lihat wajah Qayyum dan melihat keletahnya...Harapan Nde long agar Qayyum menjadi seorang anak yang soleh,taat kepada ummi dan ayah,kuat pegangan agama,menjadi pemimpim agama,keluarga serta berbakti kepada agama bangsa dan negara.Tahniah adikku Wanie,kerana berjaya melahirkan puteramu dan tahniah sekali lagi kerana memilih hanya yang terbaik untuk anakandamu iaitu susu ibu sahaja....Kak long bangga ngan kamu..Lebih² lagi apabila kamu pertahankan susu ibu sahaja apabila diminta diberi selain susumu..Susui lah selama mungkin anak ini seperti yang dituntut di dalam Al-quran dan Rasullulah s.a.w...Percayalah adikku,setiap kejadian dan kehendak Allah s.w.t itu adalah yang terbaik untuk hambanya...



Selain itu,perkara yang menggembirakan aku adalah dimana loan rumahku telah lulus...dan tak sabar tunggu rumahku siap...ada lagi yang menggembirakan,En Hubby belikan aku gadget baru untukku sempena hari ibu untuk memudahkan kerjayaku sebagai photographer iaitu DSLR Canon EOS 550d..Ingat kamera lama ku nak di operate tambah Infrared la...


Ada lagi yang menggembirakan ,En Hubby skali lagi dengan rela hati membelikan aku induction cooker skali ngan periuk blanga nya sekali....Tak pe la bie,ayang bukan pernah minta apa²kan...Ni satu je yang ku minta sepanjang kahwin...Tak pe boleh pakai lama...warranty sampai 25 tahun...Thank you honey lemon...


16 Mei ni Reunion besar²an untuk semua batch kat sekolah ku yang tercinta Sek.Men.Keb.Bandar Baru Sentul..aku ngan En Hubby sebagai AJK memang sibuk...2 days to go...

Sekian ....Kembali aktif bulan hadapan ...tunggu...muahhh

3 comments:

  1. ala ciannyer..teruk gak kesan kemalangan tu..semoga awak cepat sembuh..:)

    ReplyDelete
  2. kesian nye..teruk gak ek siap bjahit...seriau...jgn mkn telor ye..t gatal....

    ReplyDelete
  3. Erin,

    SEmoga cepat sembuh. Lama dah tak dengar kabar

    ReplyDelete