Friday, November 5, 2010

salah Anggap Susu Tak Ada.....

Kita sering mendengar ramai ibu mengeluh tiada susu dan itu jugalah alasan utama ibu2 yang tidak dapat menyuskan anak mereka secara exclusive selama sekurang2nya 6 bulan.Sebenarnya ramai yang salah anggap bahawa susu diawal kelahiran yang lebih dikenali sebagai kolustrum yang hanya dihasilkan sedikit sahaja bermakna mereka tiada susu..Buat pengetahuan semua,susu diawal kelahiran bayi/kolustrum yang dihasilkan selama 1-3 hari sahaja dan hanya dihasilkan sedikit sahaja .ia bukan disukat dengan berapa oz/ml dihasilkan tetapi berapa sudu atau titisan yang dihasilkan.Walaupun ramai yang tahu kolustrum memang dihasilkan sedikit tetapi masih ramai yang gusar tentang bayi mereka ak cukup susu hanya dengan mentafsirkan melalui tangisan bayi....

Tahukah anda bahawa perut bayi yang baru dilahirkan hanyalah sebesar buah ceri sahaja,maka bayi tidak perlu disusukan dengan banyak tetapi perlu disusukan dengan kerap.dan bayi menangis bukanlah sukatan untuk menentukan bahawa bayi tersebut kelaparan.Ya bayi akan memeberi tanda lapar dan tangisan lapar juga berbeza dengan tangisan yang lain...Bayi lapar tidak terus menangis sebaliknya akan memberi tanda yang lain,jika dalam beberapa ketika tidak dihiraukan baru mereka akan menangis dan keadaan tidak berlarutan....

Untuk mempercepatkan peningkatan penghasilan susu yang lebih cepat,penyusuan secara mengikut kehendak bayi"on demand" disarankan atau menyusu setiap 2 jam dan jangan tinggalkan atau kerap tertinggal sesi penyusuan atau pemerahan...

PUNCA PENYEBAB "DILEMA KEKURANGAN SUSU IBU"

Warkah hari ini adalah berkenaan dilema ibu2 baru yang dilema susu perahan yang sedikit...ramai yang bertanya berkenaan mengapa semasa dalam pantang mereka hanya mampu mengumpul sebanyak 1-2oz setiap kali cuba memerah untuk mengumpulkan stok..buat pengetahuan semua,adalah normal seseorang ibu baru itu hanya dapat mengumpulkan susu perahan yang sedikit semasa diawal kelahiran....walaubagaimana pun ibu2 perlu meneruskan sesi penyusuan dan pemerahan walaupun susu yang dikumpulkan hanya dapat sedikit sahaja....Ini perlu bagi merangsang penghasilan susu yang lebih..Sebenarnya tubuh kita di cipta dengan sistem biologinya sendiri di mana,sistem di dalam tubuh badan/reseptor²/hormon² berfungsi penghantar signal kepada otak dan seterusnya otak yang akan mengarahkan sistem badan agar menghasilkan result seperti apa yang sepatutnya tubuh bertindak balas pada sesuatu keadaan...Begitu juga dengan breast kita...bayi adalah sebagai perangsang/pelanggan,apabila bayi menyusu di breast kita,ia akan menghantar makluat ke otak dan otak akan mengarahkan tubuh agar mengeluarkan susu seperti permintaan bayi...sementara itu tubuh badan akan bersedia untuk menghasilkan susu mengikut keperluan bayi walaupun sebelum bayi itu menyusu lagi,dan proses ini berterusan selama ada rangasangan daripada bayi..lebih kerap breast kita diransang lebih banyak susu akan di hasilkan...begitulah sebaliknya...sekiranya bayi kurang menyusu atau kita jarang memerahnya keluar/skip sesi menyusu atau mengepam maka susu yang dihasilkan makin berkurangan dan lama kelamaan ia akan kering ....