Thursday, April 22, 2010

KARNIVAL SIHAT 1MALAYSIA PADA 9 MEI 2010 DI DATARAN SETIAWANGSA,KL

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...Marilah ramai² pergi ke Dataran Setiawangsa untuk memeriahkan lagi karnival...Dan Apa yang penting ....kerjasama "Peer Counselor daripada Malaysian Breastfeeding Peer Counselor" termasuk diriku...Ada di sana di booth Penyusuan Susu Ibu....Marilah kita sama² hadir lebih² lagi untuk ke booth penyusuan susu ibu pada hari tersebut...Pelbagai acara akan diadakan ..block tarikh anda untuk hari tersebut k...Jumpa disana....

Monday, April 19, 2010

Video Klip Minggu ini...

Best memang best ..tapi pelik la...orang baru bangun dari koma terus menyanyi...kelakar pun ada...
Apapun tu cerita jer kan...enjoy.....

Thursday, April 15, 2010

My Favorite Cake

Di mulakan dengan segelas air kosong,menu Tom Yam Kuew teaw,dan di akhiri dengan pemanis mulut "carrot Slice"Lapisan pertama dilapisi dengan cream cheese,lapisan tengah carrot cake,kismis & walnut di lapisan bawah...nyum nyum..Puas hati aku dah 2 hari tak sempat nak menikmati cake favorite ni....


Besok dah janji ngan bebudak nak bawak jalan² tapi banyak gambar nak edit plak...Nampaknya malam ni struggle siapkan editing ..Owang mlm² struggle layan hubby,Daku mengadap PC sampai ke pagi...aduhai....sian dier...Silap hari bulan janji ngan anak² pun kena tunda hari Ahad...

Monday, April 12, 2010

Usah Di Kenang Kesilapan Yang Lalu....

Assalamualaikum dan salam bahagia.....

Madah buat teman

Duhai kawan usahlah di kenang lagi segala kesilapan dan kesalahan yang lalu...
kerana ia mengundang kemurungan di dalam diri...
Duhai sahabat ,usah lah di kenang lagi kesilapan dan kesalahan yang lalu...
kerana ia memakan diri sendiri.....
Duhai rakan ,usahlah di kenang segala kesilapan dan kesalahan yang lalu....
kerana ia mematahkan semangat mu.....
Duhai teman ,usahlah dikenang segala kesilapan dan kesalahan yang lalu ....
kerana ia mengecilkan hatimu...

Duhai kawan ,bangunlah dan pandang kehadapan,janganlah menoleh kebelakang lagi...
Duhai sahabat,bangunlah dari kesedihan yang melanda dirimu dan pasanglah niat yang baru....
Duhai rakan,bangunlah dengan semangat yang baru dan kuatkannya dengan ilmu....
Duhai teman.bangunlah dari kesedihan dan bersabarlah dengan ujian dan dugaannya kerana pasti ada hikmahnya di sebalik sesuatu kejadian itu.....

Tidak kira apa juga pengalaman,kesalahan dan kesilapan lalu yang telah kita lakukan atau terjadi,jadikanlah ia sebagai pengalaman hidup yang menguatkan lagi hati dan diri kita untuk menempuh hari² mendatang dengan lebih bererti ,lebih tabah dan diredhai olehnya..

Sunday, April 11, 2010

Persediaan Penyusuan Semasa Mengandung

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Entry kali ini saya nak bercerita tentang persedian semasa mengandung bagi menjamin kejayaan penyusuan susu ibu selepas melahirkan.Untuk melancarkan perjalanan susu dan untuk mengelakkan sumbatan di saluran susu,Ibu² digalakkan membersihkan puting payudara setiap kali semasa mandi dengan menggunakan tuala bersih yang di celupkan dengan air suam bagi menghilangkan kerak pada puting payudara tersebut.Selain daripada itu bakal² ibu digalakkan untuk mengurut keliling payudara dengan cara melakukan putaran kecil dan urut mengelilingi payudara dalam kiraan 20 bagi kedua² belah payudara.Jangan terlalu lama mengurut payudara kerana di khuatiri akan merangsang kontraksi awal.Berhenti daripada mengurut sekiranya berasa kontraksi semasa melakukan urutan tersebut.Selain daripada hot shower juga baik bagi melancarkan peredaran darah di sekeliling payudara agar meransang pengeluaran susu nanti.Teknik ini juga baik bagi sekiranya mengalami masalah susu tersumbat/bengkak susu selepas melahirkan .

 Mengatasi Masalah Puting Tenggelam / Puting Buta

Semasa Hamil ,ibu² yang hamil boleh menggunakan nipple puller/nipple enhancer yang terdapat dipasaran yang di cipta oleh pakar² laktasi atau yang diperbuat sendiri dengan menggunakan syringe yang telah diubahsuai(gambarnya nanti saya carikan).Latihan ini adalah bertujuan untuk mengeluarkan puting yang tiada selain daripada teknik menggunakan jari (Hoffman Technic),selain itu boleh gunakan nipple shield,Breast sheild

Thursday, April 8, 2010

Ummi Join Contest "sleeping Cutie contest"

Entry ni sebagai borang untuk masuk pertandingan "sleeping Cutie Contest" Anjuran rosrusli.blogspot.com...tarikh tutup, penyertaan adalah besok 9hb.April.2010...Sorryla kengkawan saya pun baru jumpa blog dia ni,tak tau lah dia terima lagi ke tak...anyway hantar jelah...kalau ada rezeki insyaallah...Gambar yang disubmitkan ini pun diambil waktu anak sedang menonton rancangan kegemaran dia and abgnya "Thomas And Friends" ,alih² dia tertidur kat celah ruangan diantara Sofa dan meja TV...


Nama dan Tarikh Lahir Anak
Puteri Shafiqah Aliza Binti Mohd Khairul
03/09/2007

Email:
letgoproduct@yahoo.com

Lagu Dodoi Ciptaan:

Lari laju-laju,
Sampai Tepi Speaker,
Siapalah Yang Tergantung tu,
La..Anak Ummi rupa-rupanya

Lari laju-laju,
Sampai baju lengat,
Budak yang tertidur tu,
Rupa-rupanya penat.

Monday, April 5, 2010

Malaysian Breastfeeding Peer Counselor

Assalamualaikum dan salam sejahtera Hari Ahad bersamaan 4/4/2010 tamatlah sudah tranning sebagai Peer Counselor....Banyak ilmu telah ku terima sepanjang 3 hari tersebut ,Bagaimana nak mendekati dan menyebarkan ilmu penyusuan kepada masyarakat dengan lebih berkesan...Berjumpa dengan ibu² yang hebat² dan penuh dengan kesungguhan dalam memperjuangkan penyusuan susu ibu membuatkan aku terusik dan tidak berasa keseorangan lagi..Aku rasa ada amanah yang besar dibahuku untuk memastikan bahawa bakal generasi akan datang lahir dan membesar daripada keajaiban susu ibu dan akan ku perjuangkan hak² mereka sehingga hembusan nafas ku yang terakhir...Itu janjiku pada diriku....Aku tahu rakan² PC ku ini akan membantu sekiranya memerlukan dalam misi menyampaikan ilmu penyusuan ini...Untuk santapan mata rakan² dan viewer daku attachkan gambar sekitar Tranning tu....Enjoy...

sila klik kat sini nak tengok gambar sekitar training peer counselor...