Sunday, August 17, 2014

KEBAIKKAN MENGENDONG BAYI / BABYWEARING BENEFITS

Aktiviti mengendong bayi samada menggunakan tangan atau alat pengendong khas sememangnya meniggalkan kesan yang baik kepada ibubapa/penjaga dan bayi.Ianya adalah salah satu cara semulajadi manusia menunjukkan kasih sayang dan keprihatinan antara mereka :-


Antara kebaikkan yang diperolehi daripada aktiviti mengendong kepada bayi :-

  • Bayi yang dikendong akan berasa lebih gembira kerana keperluan emosi mereka mudah di penuhi kerana berada dekat dengan ibu /bapa/penjaga yang mengendong mereka.Sebarang perubahan atau ketidakselesaan yang diekspresasi oleh mereka mudah di sedari oleh ibubapa/penjaga.Bayi gembira kurang menangis dan mudah diuruskan.
  • Bayi lebih tenang – Bayi yang dikendong berasa lebih selamat dan yakin kerana kehadiran orang yang mereka kenali yang berada begitu dekat untuk mereka membantu mereka tenang dan tidak mudah cemas untuk menghadapi sebarang keadaan dan persekitaran mereka.Selain daripada itu,dengupan jantung serta suara ibubapa/penjaga yang mereka dengari semasa dikendong,mengingatkan keadaan semasa mereka berada di alam rahim ibunya yang mana tempat itu adalah tempat yang paling selamat dan menenangkan yang didiaminya selama 9 bulan.
  • Merangsang perkembangan sistem tubuh bayi pramatang agar matang lebih cepat- menurut kajian yang dijalankan oleh pakar (rujuk kajian disini),dengan stimulasi sentuhan, ianya mampu mempercepatkan perkembangan bayi pra matang.selain sentuhan aktiviti mengendong bayi dan melakukan teknik “Kangaroo Care” mempunyai pelbagai kelebihan selain menyediakan suhu dan persekitaran seperti berada didalam rahim untuk membantu bayi pramatang berkembang dengan lebih baik,mengurangi stress dan komplikasi.Teknik ini dikatakan lebih baik daripada menggunakan teknologi moden.
  • Membantu didalam proses pertuturan – Bayi yang dikendong mudah bercakap dan bercakap lebih baik kerana mereka kerap berinteraksi dan mendengar percakapan serta memerhati ibubapa/penjaganya berinteraksi dengan orang lain atau dengan mereka sendiri.Keadaan ini secara tidak langsung mengajar mereka belajar bercakap
  • Membantu bayi belajar – Bayi dikendong secara tidak langsung dapat belajar tentang sesuatu melalui pemerhatian mereka kepada sesuatu perkara yang ibubapa/penjaga mereka lakukan sewaktu mengendong mereka.mereka lebih memahami dengan lebih baik kerana berada dalam persekitaran yang rapat dengan ibubapa/penjaga mereka.
  • Mengelakkan “Flat head syndrome” atau “Plagiocephaly” – bayi yang dikendong kurang berbaring pada belakang mereka yang mana perlakuan bayi yang kerap di baringkan dengan belakang mereka cenderung mengalami masalah “Flat head syndrome” atau “Plagiocephaly” ini.Sememangnya jika membaringkan bayi,posisi terbaik adalah baring dibelakang mereka untuk mengelakkan sindrom “SIDS” tetapi perbuatan ini jika kerap dilakukan akan menyebabkan “Flat head syndrome” atau “Plagiocephaly”.Kita dapat mengelkakkan kedua-dea perkara ini daripada terjadi dengan mengendong bayi atau “Babywearing”
  • Membantu dalam peningkatan berat badan bayi – Bayi mudah menyusui dengan ibunya tanpa mengganggu aktiviti ibunya semasa proses penyusuan berlangsung.Untuk peningkatan berat badan yang baik bagi bayi,penyusuan secara “On Demand” atau mngikut kehendak bayi sangat penting.Sesetengah ibu menjadualkan proses penyusuan susu ibu bagi merancan aktiviti mereka padahal kepentingan penyusuan secara mengikut kehendak bayi adalah sangat penting untuk menjayakan penyusuan susu ibu.Melalui “Babywearing” bayi mudah untuk menikmati keperluan pemakanan mereka tanpa mengganggu aktiviti ibunya.

Antara kebaikan yang diperolehi daripada aktiviti mengendong anda:-

  • Mempemudahkan aktiviti harian – Aktiviti mengendong bayi dengan alat pengendong dapat membantu ibubapa/penjaga melakukan aktiviti atau kerja rumah dengan mudah.Bantuan daripada alat pengendong bayi untuk memegang bayi melekap pada tubuh anda,memberi anda kebebesan menggunakan kedua-dua belah tangan untuk melakukan sesuatu pekerjaan atau melakukan kerja yang lain dalam satu masa.
  • Anda lebih peka – Sebarang perubahan dan kehendak bayi akan anda dapat kesan diperingkat awal kerana bayi berada dekat dengan anda.
  • Lebih gembira – Apabila bayi gembira mereka menjadi bayi yang mudah diuruskan.Bayi yang tenang,mudah diuruskan dan kurang menangis membuatkan anda lebih gembira.
  • Memudahkan Penyusuan Susu Ibu – Aktiviti dan alat mengendong bayi membantu anda menyusukan anak dimana-mana sahaja tanpa mengganggu aktiviti anda.Selain mempermudahkan penyusuan di mana-di mana, kekerapan penyusuan membantu merangsang penghasilan susu ibu dengan lebih baik lagi.
  • Mengeratkan ikatan antara ibubapa/penjaga – mengendong bayi dapat memberikan dan menguatkan kasih sayang antara anda dan bayi.Melalui belaian,pelukan,kata-kata,dengupan jantung ,dan bau anda dapat memberikan rasa tenang dan bayi merasa disayangi
  • Mudah untuk menidurkan bayi – Proses menidurkan bayi lebih mudah dengan mengendong.irama dengupan jantung anda,bau,suara anda serta pergerakkan anda cukup mendamaikan bagi bayi ini cukup membuatkannya tenang dan mudah tidur tanpa perlu mendodoi mereka.
LAYARI KEDAI ONLINE PENGENDONG BAYI ERGONOMIK TUGEDA CARRIER DI LINK INI : http://tugedacarrier.com.my

Thursday, November 21, 2013

Sakit Jantung

Kesihatan jantung ayahku,kini ditahap yang membimbangkan , jika pada tahun 2009 dahulu saluran yang yang sumbat hanya 2 shj kini dlmmtahun ini saluran yang tersumbat telah menjadi 3 1/2 .ayahanda tersayang dinasihatkan oleh Pakar utk menjalani pembedahan bypass kerana treatment belon tidak boleh lagi dilakukan.

Ayahanda ada menyatakan kenimbangannya utk melakukan pembedahan tersebut,..yelahkan mmg sebagai manusia biasa kebimbangan itunpasti lahir pada sesiapa pun walaupun peratusan kejayaan nya tinggi..

Walaupun dr segi luaran ayahanda ku nampak sihat dan masih aktif,tp jantung nya sebenarnya lemah.pernah ada Dr yang pernah berbicara pasal jantung ini pada aku dan suami masa dulu mengagakan bhw,org yg fit dan tidak menjalankan yearly medical checkup sgt berisiko utk mendapat seranvan jantung yg mana jika menyerang terus ke tanap yg merbahaya, katanya ininkerana org yg aktif,tidak merasakannkesakigan serangan jantung yg mild ni, berbanding orang yang life style nya tidak aktif.katanya org yang tidak aktif, walauoun serangan yg paling lemah pun sudah menyebabkan pesakitnyg tidak aktif merasakannya..ini dibuktikan pada masa kini ramai atlit yang sedang melakukan aktiviti sukan mereka meninggal serta merta akibat serangan jantung..

Kesimpulannya jika usia kita sudah menginjak ke 30an , adalah baiknya kita menjalani full checkup setiap tahun,supaya sebarang penyakit dapat dikesan pada peringkat awal.walaupun ajal maut itu di tanban yang maha esa,kita sebagai hambanya wajib,menjaga dan menyanyangi nyawa yang diberikannya sebaik - baiknya..

Sekian, wasalam.

Tuesday, October 15, 2013

TUTORIAL BRA BIASA MENJADI BRA MENYUSU / DIY NURSING BRA

Kesian ruang ku ini sudah usang benar, lama tidak singgah..sawang2 , habuk semua tak sempat dibersihkan pun...Pelbagai perkara yang baik2 telah berlaku didalam kehidupan keluarga kami,yg paling best,kami telah menambah seorang lagi ahli dalam keluarga, iaitu seoran puteri..
Tak kurang juga yg tidak berapa baik berlaku dlm kehidupan kami.
Ampun dan maaf dipinta,tuntutan masa menyebabkan tiada lagi kesempatan nak berblog ..ok lah,done membebel..
1st of all,saya nak mengucapkan selamat hari raya aidiladha buat semua kaum muslimin muslimat semuanya..pengorbanan yg kita lakukan kepasa diri,keluarga, agama, bangsa dan negara di redhai olehnya ..
Straight to the point,sebenarnya tujuan utama tetiba nak menulis blog semula adalah utk berkongsi bagaimana nak DIY bra biasa menjadi bra menyusu.. selain boleh menjimatkan wang utk membeli bra menyusu dipasaran,ia boleh juga m3nukar bra kegemaran kita menjadi bra menyusu.. sila lihat gambar step by step nak buat bagaimana ye..seperti dimaklumkan awalmtadi, masa sgt crucial, sekiranya tidak faham pic2 ni dan perlukan maklumat lanjut boleh email pertanyaan ke littlecaliphheaven@yahoo.com
selamat mencuba... I luv Breastfeeding...sesiapa nak kongsikan tutorial ini sila2 la..diberi keizinan.


Thursday, August 2, 2012

Back On Track

Lama menyepi mem'blog'kan diri di sininoleh kerana kesibukan kerja yg keterlaluan yg memerlukan komitmen penuh drpdku,..alhamdullilah sejak mengambil keputusan berehat drpd kerja makan gaji selama 2 bulan ini,pengurusan kerja semakin pulih..

Dalam tempoh yg panjang tidak menulis blog,pelbagai cerita dalam kehidupan ku telah berlaku,pahit manis, suka,duka telah berlaku..
Yang paling menggembirakan daku sekeluarga adalah kami kini sudah berlima,kehadiran org baru(tak baru pun dah 8 bulan) seorg puteri yg sgt comel bernama puteri shafiza alisa tak banyak kerenah,dan semasa melahirkannya ada perkara lucu berlaku(akan diceritakan kemudian).maka bermulalah kembali kisah penyusuanku dan aktiviti baby wearing yg sgt daku rindukan selama beberapa tahun.harapan adik nyusu ngan ummi lebih lama lagi.Masa kak ngah dulu berjaya fully Bf dia selama 3 tahun lebih.

Dalam bidang perniagaan pula,daku kini telah memilikibproduk terbaru jenama sendiri(little caliph heaven,boleh layari http://littlecaliphheaven.com spt,produk keperluan penyusuan,leperluan ibu menyusu,hamil,berpantang keperluan bayi dan sebagainya.terkini kami mengeluarkan produk kendong bayi iaitu "soft structure baby carrier - ssc)

Berkenaan keluarga pula,anak2 ku keduanya telah bersekolah pra sekolah di tempat yg sama di genius aulad,wangsa maju..perkembangan sgt baik dr segi pendidikan agama,pembelajaran,pembacaan,dan tahap confident yg tinggi..di bulan puasa setakat hr ni hanya 1 hari sahaja anak2 ku tinggal puasa itu pun daku yg tak sampai hati suruh mereka berpuasa,sbb tak bangun sahur..kakngah tu 1st time berpuasa tp nampak nya dia lebih relax berbanding ketika abg nya dahulu pertama kali berpuasa..mungkin kerana pada hari biasa,dia memang tak suka makan,makan berpuasa tak menjadi hal bgnya ,cuma pernah 2x dia terlupa yg dia berpuasa,hari pertama n kedua..mungkin dia tak faham sepenuhnya kaedah dan maksud puasa sebenarnya.

Oklah setakat ini,banyak baju raya pelanggan yg nak dijahit/disiapkan.
Wasalam..

Friday, February 17, 2012

Treating flat / inverted nipple

cara merawat puting yg tenggelam atau pun pendek..mula lah sejak mengandung lagi....

 



 



Tuesday, October 4, 2011

Memahami Tentang Fitrah Penyusuan Susu Ibu

Penyusuan Susu ibu adalah satu fitrah dalam kehidupan manusia.Ia adalah sesuatu yang alami/natural bagi setiap wanita di dunia ini pada hakikatnya.Penyusuan susu ibu adalah langkah terpenting ke arah perkembangan dan tumbesaran bayi yang sihat.Ini adalah kerana susu ibu adalah bersih,mengandungi antibodi² bagi melawan penyakit,seimbang dan mesra bayi selain keadaan susu ibu itu sendiri mengandungi nutrisi² yang berkhasiat dan seimbang mengikut umur bayi.

Susu terawal yang hadir dikenali sebagai Kolostrum .Ia adalah susu awal yang terbaik untuk diberikan kepada bayi yang baru sahaja lahir dan di hari² awal kelahirannya.Kolostrum adalah susu istimewa berwarna kekuningan,agak melekit.Ia rendah lemak dan tinggi karbohidrat,protein dan mengandungi antibodi² untuk mengekalkan kesihatan bayi daripada serangan penyakit.

Penyusuan susu ibu umumnya memberi kebaikan kepada ibu dan bayi dan memberi pelbagai kebaikan kepada keduanya malah kepada institusi kekeluargaan.

Tuesday, August 16, 2011

Mari Mengaji bersama Pen Read Al-Quran

Assalamualaikum dan salam bahagia...

Entri kali ini adalah tentang produk terbaru milikku yang dah lama ku idamkan..
Pen Read Quran ini baru sahaja ku terima semalam melalui pembelian online di Digitalquran.com.my
Ingat nak beli Sebelum puasa lagi tapi waktu tu survey² harga kedai online yang lain masih mahal lagi antara RM450-350...Melalui link yang dishare dengan rakan Facebook baru saya terjumpa dengan produk yang sama dengan harga yang lebih murah sedikit...
 Tujuan pembelian Pen Read Al-Quran ini adalah kerana kengkangan masa yang menghalang saya untuk pergi mengaji Al-Quran dengan mana² Ustaz/Ustazah/guru agama sebenar.Memandangkan keadaan inilah saya terpaksa mencari guru digital begini untuk membacanya dengan betul walau dimana sekalipun..Dan boleh digunakan seisi keluarga..


GAMBAR² AL-QURAN DIGITAL YANG BARU SAMPAI SEMALAM


HATI² DENGAN YANG TIRUAN,ADA BANYAK KESALAHAN
 
Terdapat banyak dipasaran sekarang Pen read Al-quran yang salah dan tidak mendapat kelulusan KDN..So sesiapa yang nak membeli Al-quran Digital,pastikan ianya mendapat kelulusan drpd KDN ya..