Saturday, February 27, 2010

Anakku Pantang Jumpa Kolam.Kisah Pahit Anak No 2






Gambar ni di ambil semasa selesai majlis birthday anak buahku Mohd Amjad di rumah Mom In Law.Anak² aku ni memang selalu swimming kat sini...Lepas je majlis makan² terus minta nak terjun dalam kolam...aku memang tak kasi diaorg mandi kalau tak ada org nak concentrate jaga diaorg...that why aku suruh diaorg tunggu sampai majlis dah di penghujung ..Pernah sekali suamiku teman kan diaorg mandi(tapi hubby tak masuk pool lah just tunggu kat tempat duduk kat situ)Kisahnya suamiku baru beli lense baru and duk testing kat area pool tu, tak sampai 3 minit suamiku lepa duk belek lense tu ,bila di toleh kat pool budak tengok anak ku yang no 2 tu tak da,yang tinggal anak sulung ku ngan makcu sofea dia (umur 7 tahun) yang tinggal kat dalam kolam kanak² tu...Tengok si adik terapung kat kolam org dewasa...Dengan tak melengahkan masa suamiku terjunla dalam kolam untuk selamatkan anak ku tu...Selamat tak de apa² berlaku,sebab tak lama kat dalam air.Tapi biru dah jugak bibir dia...alhamdullilah.Tak tergambar dek fikiran aku kalau ape² jadi kat anak² aku...

Oleh kerana kelekaan suamiku selama 1-2 minit tu Handphone,Remote Kereta rosak....Aku pada waktu tu tak da kat tempat kejadian coz tengah tidur kat dalam umah...Bila diaorg balik & suamiku ceritakan hal tu kat aku ,bagai nak putus jantung dibuatnya...Kena syarahan petang la suami aku.....

Daripada kisah tu ,buat aku & hubby jadi lebih berhati² and bagi pemerhatian lebih kalau diaorg tengah mandi/main ...Takut kalau berulang...

Wednesday, February 24, 2010

Support Group Meeting (SGM) -Bangi

Assalamualaikum....
Tak sabar betul rasanya nak gi SGM hari Ahad ni..Sejak Join susuibu.com dari 2006 sampai sekarang tak pernah join diaorang punya aktiviti...Pernah pegi pun kat susuibu.com kat bangi tu,tu pun datang nak collect hadiah je...Mesti seronok dapat jumpa kawan² seperjuangan dalam misi penyusuan bayi...Nanti saya update kan gambar nya lepas balik dari SGM nanti...Tunggu....

Sunday, February 21, 2010

Gambar Kakak Menyusu

Gambar ni di ambil semasa dalam kete on the way nak balik dari supper hari sabtu lepas..Anak dara aku ni pantang bergambar,tu yang tengah nyusu pun sempat jeling kat kamera...kengkadang tu bila kita menyusukan baby yang dah umur 2 thn lebih ni kelakar juga,maklumlah baby dah tua menyusu,sambil nyusu kalau dia dengar org cakap ke ,dia sibuk nak menyampuk (menyusu sambil bercakap).Geli kalau dia buat cam tu coz gigi dia kena kat puting kita tu.Tak de lah sakit pun..

Friday, February 19, 2010

CNY Di Genting Highland


Sorry kengkwn lama tak update..lately gi bercuti sempena perayaan CNY..Kami sekeluarga pegi Genting Jer bawa anak² main puas²..On the way...si adik pekena nenen,terus tidur sampai kat genting...Dari rumah ke Genting ambil masa 45 minit je,maklumlah dah ada DUKE la katakan..Sepanjang perjalanan anak² aku tidur coz diaorg kena bangun pagi hari tu,..

Sampai kat sana ,anak² aku terus semangat,tak yah nak pujuk² suruh bangun,tetiba cergas je..Seronok jadi budak²kan...Daripada pagi jam 10.30am kat sana sampai pukul 11 pm kat sana..Kabus time tuh tebal gila,sejuk jangan cakaplah..Pandangan boleh pergi 50 meter dihadapan je,sampaikan ada sesetengah permainan tak boleh beroperasi coz weather condition tu...Apa² slamat hubby beli tiket All Park,so sementara nak tunggu kabus tu beredar kitaorg layan dulu indoor game dia..

Apa² pun anak² aku 2-3 hari jugak lah bercerita tentang Genting Highland sejak pulang...Ada ke patut dia nak pergilagi esoknya...Wahh!! boleh rabak poket ummi yang oiii..Nantilah kita pegi lagi...Punyalah seronok anak pempuan aku tu,sampai aku tanya nak nenen,dia tak nak lansung.. Kalau tak tu sampai merayu² nak menyusu kat aku..mmmm ..

On the way balik,..pekena lemang dan rendang kat hentian kat highway tu...Next percutian ke Pulau Pinang kata hubby aku...



Wednesday, February 10, 2010

Fariz Kat Hospital - Kena Sedut Kahak & Nebulizer



Ni video fariz kena sedut kahak and buat nebulizer kat Hospital Pusrawi..Anak aku batuk teruk,dah 2 set ubat dah habis tapi dada still ada kahak and batuk berdengkung²,aku & hubby tak boleh tidur lena coz anak sakit..Tapi bila dah buat treatment ni alhamdullilah ada perubahan ,Tapi tulah aku tak tahan tengok..Bila dia nangis² memanggil minta tolong...Walaupun dalam bahasa yang aku tak faham tangisannya..apa yang aku pasti dia menangis memanggil aku & hubby minta di lepaskan..Bapa dia sedih tengok anak dia kena sedut kahak...Sudahnya aku sorang je yang tunggu and rakam sekejap sesi tu pakai HP...

Sebelum buat treatment ni, setiap kali aku Breastfeed dia ,dia akan muntah balik..tu yang susut badan dia...Alahai anak ku...

Kejayaan Pertama Putera Ummi & Papa




Fariz bersama hadiah kemenangannya

Video ni aku rakam pakai HP coz tak bawa Handycam(nyesal)...Kenangan yang tak dapat aku lupakan sebagai seorang ibu..Waktu tu ada Malaysian Motherhood yang pertama pada tahun 2006 yang berlansung di Mid Valley Megamall..Kebetulan aku pergi midvalley hari itu..so adalah pertandingan baby crawling..Hubby aku daftar kan nama anak tuk join saje² je kebetulan anak tengah seronok blaja merangkak ..Sebelum pertandingan suami sempat call family members yang lain..Memandangkan Fariz cucu sulung dalam keluarga ku ...Hampir semua ahli keluarga mentuaku datang bagi sokongan kat anak aku...hihihi penuh ngan family kitaorg kat situ beb...Kalau perasan dalam video ada suara penyokong sorak setia anak aku,itu adalah Maksu dia...

2 minit sebelum pertandingan bermula anak aku boleh bantai tidur plak...Waktu di kejutkan dia tak mau bangun plak...Bapak dia punya semangat nak anak dia masuk siap cuci muka anak dia nak suruh bangun,slamat anak aku tak mengamuk plak...Anak aku ni pantang kalau tunjuk makanan kat dia...so waktu agak² dia mcm nak ngamuk kita org suakan biskut baby tu kat dia...

Anak aku johan pada hari itu dengan beza masa 3 minit ngan peserta tempat kedua...NAk tau ape umpan dia...jeng² Biskut favourite dialah(Milna)...Memang dia tak toleh kiri kanan dah,duk fokus nak tangkap biskut tu... Aku bangga ngan pencapaian dia...(kembang sekejap)..Dapat hadiah hamper biskut favourite dia plak tu...Rezeki dia....Alhamdullilah...

Monday, February 8, 2010

Tamatlah Riwayat Susu Perahanku Stok Untuk 2 bulan

Bila terkenang kisah yang satu ni..Mesti aku rasa sengal satu badan dok mengenangkan stok yang dah tersedia untuk 2 bulan rosak semuanya...Kisah terjadi sewaktu anak ku yang sulung berumur 6-7 bulan tak salah aku..Memang ujian darinya untuk aku untuk menguji kesabaran hambanya..Minggu tu aku ambil cuti nak berehat kat kampung kat Kuala Pilah...Waktu tu kat kg aku tak pasang astro lagi dan siaran memang tak cantik dan membuat aku malas nak tengok tv..
Kebetulan pada waktu aku kat kg tu satu KL tengah havoc bekalan letrik terganggu..Aku pun tau melalui surat khabar,tapi tak terfikir lak kawasan perumahan aku pun kena juga...2-3 hari jugak elektrik terganggu ..Bila balik hati tak sedap,Sampai je kat rumah,jiran tetangga sibuk cakap pasal letrik tergangu waktu aku aku tak da...Bukak jer pintu terus lari tengok stok susu....Semua dah rosak,dah tak sejuk dan berbau tengik..Terus menangis²,suami yang tengok terus tak leh nak cakap ape...Aku menangis semahunya kat bilik...Husband yang buangkan semua susu yang rosak tu coz aku tak sanggup melihatnya...Aku duk terperapkan dalam bilik...Bila anak menyusu,aku nangis tengok dia ...Seolah² dia faham perasaan uminya pada waktu tu,anak aku melemparkan senyuman yang paling manis yang telah memberiku kekuatan untuk memulakan sesi relaktasi tuk mengejar stok susu yang telah rosak tersebut...

Aku kumpulkan kekuatan dan semangat untuk buat stok siap ambil cuti emergency lagi ..seharian aku buat stok sekaligus merelaktasi untuk menambahkan susu/menggantikan susu badan yang telah rosak agar dapat menampung bekalan harian anak ku...Setiap malam aku bekerja keras mengepam susu ..Selama seminggu lebih gak aku berlanjutan buat begitu ..akhirnya dapat jugak kumpul stok untuk 2 minggu ..walaupun tak berapa banyak daripada sebelumnya...tapi cukup menenangkan fikiran sikit,kot² aku kena pergi kursus ke...

Bila anak kedua,Stok simpanan susuku aku bahagikan kepada 3 tempat penyimpanan(rumah sendiri,rumah MIL,and rumah baby sitter...So aku tak da masalah lagi sekiranya berlaku kecelakaan seperti yang menimpa stok susu untuk anak sulungku dulu...

Tuesday, February 2, 2010

Pengalaman Pertama Menyusukan Yang Buat Aku Sakit Hati !!

Aku bersalin Di Lourdes Medical Centre,Jalan Ipoh,Kuala Lumpur.Aku bengang sangat bila ingat peristiwa di hari kelahiran anak ku ini..Salah aku juga coz tak bagitau diaorg awal² yang aku nak breastfeed sesudah bersalin..Aku expect diaorg memang akan suruh BF baby lepas bersalin daripada apa yang aku dengar daripada kengkawan ..So lepas aku bersalin aku cakap ngan Jururawat yang menguruskan aku untuk bawa baby coz aku nak start BF ..Suddenly dia cakap "Baby u tengah disusukan oleh missy"..Aku terkejut & marah gila and cakap kat nurse tu ,kenapa susukan anak aku tanpa kebenaran coz aku nak Fully Breastfeed...Aku menyinga and nangis coz tak tau nak buat camna...

Sejurus pas tu baru diaorg bagi baby rooming in sampai aku kuar Hospital...Tapi aku memang sakit hati gila.Hospital tu facilities dia memang ok..tapi bab rakan bayi ni...kita kena bagitau awal²sebelum bersalin yang kita nak BF baby...Kalau tak dia ikut procedure dia je....Tulah sekali anak aku diberi minum susu lembu...Rasa macam nak saman je hospital tu pada waktu tu...Tapi bila fikir Dr dia layan aku bagai puteri masa check up mengandung...aku tak jadi..Tapi aku memang geram...